Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Photo of author

By Syima Iza

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Hukuman mati adalah vonis atau keputusan yang dijatuhkan oleh pengadilan sebagai bentuk hukuman yang paling berat atas seseorang akibat perbuatannya.

Di Malaysia, kaedah perlaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kebiasaannya, hukuman gantung hingga mati ini dilaksanakan kepada individu yang didapati bersalah melakukan jenayah seperti kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan, dan kesalahan berkaitan pemilikan senjata api.

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Selain teknik gantung, terdapat beberapa kaedah lain yang pernah dilaksanakan sebagai hukuman mati. Antara yang paling popular adalah hukuman pancung, iaitu hukuman dengan cara memotong kepala, hukuman tembak, rejam sehingga mati, atau dikenakan renjatan elektrik melalui kerusi elektrik.

Dalam sejarah dunia, terdapat pelbagai kaedah hukuman mati yang dijalankan. Secara rasmi, hukuman mati diakui telah tercatat sejak wujud undang-undang bertulis, iaitu ketika zaman pemerintahan Raja Hammurabi di Babylon pada abad ke-18 sebelum Masihi.

Melangkah semula ke zaman silam, berikut adalah antara lapan kaedah perlaksanaan hukuman mati yang paling kejam dan menyakitkan yang pernah dijalankan dalam sejarah:

1. Tab Mandi

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Hukuman ini adalah antara yang paling menyiksakan, dikenali sebagai hukuman ‘duduk di dalam tab mandi’. Dalam kaedah ini, individu yang disabitkan kesalahan akan diletakkan dalam tab mandi, hanya kepala mereka dikeluarkan. Kemudian, algojo akan melumurkan wajah mereka dengan susu dan madu. Mangsa akan diberi makanan secara berkala, menyebabkan mereka lama-kelamaan berenang dalam najis sendiri yang berada di dalam tab tersebut. Dalam beberapa hari, tubuh mereka akan mula membusuk dan dimakan ulat dan cacing sehingga mati.

2. Brazen Bull

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Brazen Bull juga dikenali sebagai Sicilian Bull, hukuman mati ini dicipta pada zaman Yunani Purba. Dalam kaedah ini, pesalah akan dimasukkan ke dalam patung lembu yang diperbuat daripada tembaga dan dipanggang hidup-hidup sehingga mati. Lebih menakutkan, jeritan mangsa akan kedengaran seolah-olah suara lembu yang keluar dari patung tersebut.

3. Sula

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Pada era zaman Uthmaniyah sekitar abad ke-15, Vlad Tepes sangat terkenal dengan hukuman mati ini sehingga ia digelar ‘Vlad the Impaler’. Hukuman berbentuk sulaan ini memaksa mangsa duduk di atas sebatang tiang yang tajam. Kemudian tiang tersebut akan dinaikkan di mana tubuh mangsa kekal di bawah disebabkan oleh berat badan sendiri. Hukuman ini boleh mengambil masa selama tiga hari untuk mangsa mati. Lebih kejam, dikatakan Vlad pernah melaksanakan hukuman ini ke atas 20,000 orang secara serentak sambil menikmati hidangan. Kaedah ini adalah yang paling disukai oleh Vlad.

4. Iron Maiden

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Alat yang diciptakan untuk menyiksa manusia ini terdiri daripada kabinet besi dengan bahagian pintu yang tajam di hadapan. Dalam kaedah ini, mangsa akan dimasukkan ke dalam kabinet besi yang sempit, kemudian akan ditutup. Mangsa yang berada di dalamnya tidak mampu bergerak kerana ditusuk besi tajam dari pelbagai arah.

5.Sangkar Keranda

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Hukuman ini sangat popular pada abad pertengahan. Hukuman mati ini melibatkan manusia yang diletakkan di dalam sangkar keranda bersaiz manusia dan dibiarkan tergantung pada pokok atau tiang. Mangsa akan dibiarkan mereput sehingga mati dan menjadi makanan kepada burung gagak si pemakan bangkai.

6. Guillotine

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Guillotine merupakan salah satu hukuman mati yang paling terkenal. Ia berbentuk seperti pisau cukur yang diikat pada tali. Mangsa akan diletakkan secara meniarap dengan kepala berada di tengah-tengah bingkai. Pisau tajam kemudian akan dilepaskan, menyebabkan kepala terpotong dari badan. Walaupun nampak menyeramkan, hukuman mati jenis ini dikatakan antara yang paling berperikemanusiaan.

7. Tikus

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Kaedah ini turut berlaku pada abad pertengahan di mana tikus digunakan untuk membunuh manusia. Mangsa akan diikat terbaring dengan diletakkan tikus hidup di dalam sangkar berlubang di atasnya. Di bahagian atas sangkar tersebut terdapat satu bahagian yang digunakan untuk memanaskan sangkar. Apabila sangkar memanas, tikus tersebut akan marah dan cuba melepaskan diri dengan menggigit tubuh mangsa serta merobeknya sehingga mati. Biasanya diletak pada bahagian perut atau kepala.

8. Gergaji

Ini 8 hukuman mati paling brutal dalam sejarah, nombor 7 paling kejam!

Ini antara kaedah hukuman mati yang kejam. Mangsa akan diikat pada kaki secara terbalik, iaitu kaki di atas dan kepala di bawah. Ini supaya lebih banyak darah mengalir ke kepala. Seterusnya, mangsa akan dipotong menggunakan gergaji tajam bermula di bahagian tengah tubuh sehingga ke perut dan dibiarkan meraung kesakitan sehingga mati.

Apa pun bentuk penyiksaan, menjelang kematian ini memang satu detik yang amat mendebarkan bagi semua orang. Andai kata anda seorang raja yang kejam, apakah bentuk hukuman mati yang anda ingin lakukan?

Baca Juga:
Suami makan nasi bungkus seminggu selepas sorok bantal busuk isteri
‘Mati-mati aku ingat dia makan kaum sejenis dia, rupanya ketam ni sedang bersalin kulit’
Setiap hari laung azan, wanita kongsi pengalaman 19 hari tersesat dalam hutan tebal