Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Photo of author

By Syima Iza

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia.

Korang pernah tak tengah bawa laju dekat jalan raya, tiba-tiba kereta korang terlanggar lubang besar tengah jalan? Kalau nasib tak baik, boleh pecah tayar dengan rim, dan silap-silap hilang kawalan terus. Memang bahaya, kan?

Tapi macam mana pulak dengan jalan yang dekat tepi gaung dan memang sangat sempit? Memang mengerikan! Silap sikit, tak pasal-pasal boleh jatuh ke dalam gaung. Kecuali kalau korang drive power macam dalam video dekat bawah ni.

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Baru-baru ni, Reader’s Digest ada senaraikan 18 jalan raya paling berbahaya di dunia dan disahkan sendiri oleh pakar-pakar yang telah pun cuba memandu dekat jalan raya yang tersenarai ni. Jom baca apa yang ngeri sangat pasal jalan raya ni.

7 Jalan Raya Paling Berbahaya & Mengerikan Di Dunia

1. Col du Chaussy, Perancis

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Di ketinggian 5,029 kaki di atas paras laut, jalan raya Col du Chaussy yang terletak di tenggara Perancis ini adalah laluan gunung tinggi yang terkenal. Walaupun panjangnya hanya dua batu je, jalan di sini mempunyai 17 lencongan tajam tau! Walaupun bahaya, tempat ni tetap menjadi pilihan orang berbasikal untuk menikmati keindahan alam dekat sana.

2. Lebuhraya Karnali, Nepal

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Untuk pengetahuan korang, lebih 50 orang maut di sini setiap tahun, menjadikan Lebuhraya Karnali yang terletak di Himalaya sebagai salah satu jalan raya paling berbahaya di dunia.

Mana tidaknya, permukaan jalan di sana memang sangat berhabuk, membuatkan ramai orang sukar nampak. Tak cukup dengan itu, jalan di sana juga sempit dan sering berlaku kejadian tanah runtuh, batu terjatuh, banjir, jalan berlubang, dan pelbagai lagi.

Oleh kerana terlalu berbahaya dan banyak kemalangan yang berlaku, pihak polis di sana telah melarang orang memandu di situ pada waktu malam!

3. Commonwealth Avenue, Filipina

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Walaupun tak terletak di kawasan gunung, lebuhraya di Filipina ini tetap masuk ke dalam senarai jalan raya paling berbahaya. Ini disebabkan ia mempunyai 18 lanes dan sering penuh dengan kereta. Tak cukup dengan itu, kawasan ini sering banjir dan banyak motosikal dan pejalan kaki lalu lalang di situ. Jalan raya ini juga turut diberi gelaran “Killer Highway” sebab terlalu banyak kemalangan dan kematian yang berlaku di sana.

4. BR-116 (“Rodovia da Morte”), Brazil

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Namanya saja Rodovia da Morte atau Lebuhraya Kematian dah menunjukkan jalan raya ni berbahaya. Lebuhraya ini dikategorikan sebagai bahaya bukanlah sebab jalannya yang dipenuhi batu-batu kecik. Tapi disebabkan cuaca dan tebing curam di sana telah menyebabkan banyak kemalangan serta gangster-gangster yang sering menyorok di beberapa tempat di lebuh raya di sana menjadikan tempat ini bahaya untuk dilalui.

5. Taroko Gorge Road, Taiwan

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Jalan raya ini tersenarai dalam jalan berbahaya di dunia kerana jalannya yang sempit dan sering dipenuhi dengan bas, kereta, skuter, basikal dan pejalan kaki dan kesemua dari mereka cuba untuk memandu di “sudut buta” (blind corners). Kalau korang kena lalu dekat sini, memang kena doa cuaca elok, kalau tak akan ada tanah runtuh, banjir atau batu terjatuh di sana.

6. Atlantic Road, Norway

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Kalau tengok dari gambar memang nampak cantik betul tempat ni. Tapi, kalau korang lalu dekat sini, korang boleh rasa macam naik rollercoaster dengan lencongan tajam, selekoh dan pusingan dia. Lepastu kalau hujan, sekejap je korang boleh tak nampak jalan dah dan laut dekat tepi pun akan berombak tinggi. Serammm

7. Zojila Pass, India

Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia

Berada di ketinggian 11,500 kaki atas paras laut, lebuhraya Himalaya yang menghubungkan Ladakh dan Kashmir ini mempunyai jalan yang sangat tidak rata dan hanya sesuai untuk kenderaan berat. Ketika musim sejuk, angin, salji, dan hujan membuatkan jalan ini sangat sukar untuk dilalui. Bukan itu saja, di tepi jalan tiada penghadang dan gaungnya pun tinggi gila, memang tidak sesuai langsung untuk orang yang takut tinggi.

Kalau kereta rosak di mana-mana jalan ini, memang menakutkan. Apa pun, mana-mana jalan raya pun boleh jadi berbahaya bila cuaca buruk atau ada pemandu yang tidak fikirkan keselamatan orang lain. Betul tak?

Baca Lagi:
Jangan salah beli, ini cara kira ‘Horsepower’ aircond supaya bil elektrik tak melambung tinggi
Jadi tanda tanya kenapa 5 negara terkenal ini tiada lapangan terbang
Peniaga gerai jalanan bengang Influencer tawar diri untuk ‘food review’ sampai caj RM3000