Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya ‘Kepala Air’, anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!

Photo of author

By Syima Iza

Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya ‘Kepala Air’, anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!

Berwaspada, Wajib Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Terjadinya Kepala Air..

“Bila terjadinya tanda kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak selamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai..”

Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya 'Kepala Air', anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!

Perkongsian ini ditulis oleh Tuan Iznan Saad, beliau berpengalaman dan menawarkan perkhidmatan profesional untuk perkhemahan, trekking dan memancing di hutan hujan Royal Belum.

1. Tengok Keadaan Langit Di Hulu Sungai

Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

3. Muncul Ranting Kayu, Berkelodak, Bunyi Dentuman Batu

Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.

Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).

3. Peka Dengan Siren Amaran

Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya 'Kepala Air', anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!
Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya 'Kepala Air', anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!

Siren amaran berbunyi (mungkin di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.

4. Perubahan Arus Sungai

Perubahan arus sungai dan keadaan air sungai itu kena perhatikan juga. Kalau ada tanda-tanda gelap di kawasan hulu.

Tanda gelap itu macam nak hujan. Contohnya kita dekat Bangsar, tapi langit dekat Puchong dah gelap. Takut dekat Puchong dah hujan bangsar tak lagi, cerah elok (ini analogi mudahnya)

5. Peka Dengan Cuaca

Keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu. Walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu.

Ini 5 petanda awal sebelum terjadinya 'Kepala Air', anda hanya ada masa 10 minit untuk selamatkan diri!

“bila terjadinya kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak menyelamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai. bahaya aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak..”

Baca Lagi:
“Selalu dihina mak mertua jadi surirumah, aku nekad mahu cerai, lepas 5 tahun bekas suami dan mak mertua datang merayu cari aku balik”
Majikan kurang 5 pekerja perlu bayar gaji minimum RM1,500 bermula hari ini
Mr. Bean pukul bola golf sampai masuk dalam ekzos kereta Proton Saga, ramai pelik macamana kereta Malaysia ada kat UK