Ini 5 panduan penting buat pengguna telefon bimbit sekiranya berlaku kecemasan.
Selain daripada kemudahan berkomunikasi, memiliki sebuah telefon pintar sebenarnya amat bermanfaat. Terdapat 5 panduan penting yang mungkin tidak ramai tahu betapa alat peranti ini amat berguna pada waktu kecemasan.
Berikut adalah panduan yang mungkin dapat membantu anda jika berada dalam situasi yang memerlukan tindakan pantas.
1. Perkhidmatan Kecemasan
Tahukah anda bahawa nombor kecemasan seluruh dunia untuk semua telefon bimbit adalah 112? Sekiranya anda berada di kawasan yang tiada isyarat, hanya dail nombor 112 untuk membolehkan peranti anda mencari network yang sesuai bagi mendapatkan sambungan ke nombor kecemasan. Menariknya, nombor 112 ini boleh didail walaupun kekunci telefon anda terkunci. Kaedah ini berfungsi untuk semua telefon bimbit di seluruh dunia dan servisnya adalah percuma.
2. Tertinggal Kunci Dalam Kereta Terkunci?
Perkara ini sering berlaku, bukan? Apabila pintu kereta sudah ditutup, baru kita sedar kunci ‘remote’ tertinggal di dalam. Aduh! Apa yang perlu dilakukan?
Jangan risau, ada penyelesaian!
Katakanlah kunci pendua tertinggal di rumah. Anda perlu menghubungi seseorang di rumah melalui telefon bimbit mereka daripada telefon anda. Pegang telefon anda kira-kira satu kaki dari pintu kereta, kemudian minta mereka menekan butang buka kunci dekat telefon bimbit mereka. Dengan cara ini, kunci kereta anda akan terbuka secara automatik. Tadaa! Pintu sudah boleh dibuka dan masa pun jimat.
Sebenarnya, jarak jauh bukanlah halangan. Anda boleh berada beribu-ribu batu sekalipun dan kaedah ini tetap berkesan. Cubalah!
3. Bateri telefon ‘flat’? Kong habis!
Untuk pengetahuan, semua telefon bimbit mempunyai kuasa bateri yang terselindung. Bagi mengaktifkannya, hanya perlu dail *3370#. Lakukan ini apabila telefon hampir nak mati dan percaya atau tidak, ia akan hidup seketika malah memperlihatkan hayat bateri meningkat 50%. Kadar bateri rizab ini akan recaj apabila telefon bimbit itu dicaj kemudian.
Sebenarnya ‘rahsia’ ini ada tertulis di dalam kebanyakan manual telefon, cuma khalayak sahaja yang terlepas pandang membacanya.
4. Melumpuhkan telefon bimbit yang dicuri!
Untuk memeriksa nombor siri telefon bimbit, anda cuma perlu tekan *#06# bagi mendapatkan akses kod 15 digit. Salinkan kod tersebut dan simpan di tempat selamat. Apabila telefon bimbit hilang atau dicuri, anda hanya perlu menelefon pusat perkhidmatan talian berkenaan untuk memberikan kod tersebut. Dengan kod itu mereka boleh blok telefon bimbit berkenaan. Ini bermakna jika kad sim ditukarkan sekali pun telefon bimbit itu masih tidak boleh berfungsi mengakibatkan si pencuri gagal menjualkannya sekali pun.
Jika semua pengguna mempraktikkan kaedah ini nescaya kes kecurian telefon bimbit akan berkurangan. Sebenarnya, panduan ini ada tertulis di dalam manual dan sekali lagi umum terlepas pandang atau malas untuk membaca kandungannya.
5. Elak Rompakan di Mesin ATM
Ini adalah perkara yang paling penting untuk diingat! Sekiranya anda dipaksa oleh perompak untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM, anda masih boleh berhubung dengan pihak polis tanpa mereka sedari. Bagaimana?
Anda hanya perlu menekan nombor PIN dalam urutan terbalik. Contohnya, sekiranya nombor PIN anda adalah 1234, anda perlu menekan 4321. Dengan cara ini, sistem mesin ATM tersebut akan mengesan nombor PIN terbalik daripada kad ATM yang dimasukkan ke dalam mesin. Walaupun pengeluaran wang tetap berlaku, tanpa disedari oleh perompak, pihak polis telah dimaklumkan untuk ke lokasi kejadian.
Semua mesin ATM sebenarnya dilengkapi dengan sistem kecemasan seperti ini mengikut undang-undang. Cuma sayangnya, ramai yang tidak tahu mengenainya!
Secara keseluruhannya, kelima-lima panduan di atas telah diterbitkan oleh Crime Stoppers, tetapi tidak ramai yang mengambil peduli atau sedar akan perkara ini.
Berguna tak, rasa-rasa anda?