Ini 4 sebab kenapa ‘steering’ kereta boleh jadi berat

Photo of author

By Syima Iza

Ini 4 sebab kenapa ‘steering’ kereta boleh jadi berat.

Bayangkan tengah seronok memandu, tiba-tiba steering terasa berat. Habis hilang mood nak memandu, kan?

Steering yang berat bukan saja membuatkan kita rasa tak selesa, tetapi juga boleh jadi bahaya, terutamanya bila nak ambil selekoh. Ramai yang tak tahu, ada beberapa punca kenapa steering jadi berat. Punca nombor 4 ni mungkin nampak remeh, tapi kalau tak dijaga, ia boleh membawa kepada masalah besar.

Ini 4 sebab kenapa 'steering' kereta boleh jadi berat

Jadi, kami hari ni nak kongsi 4 punca steering berat, berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @altimatsaujana.

1. Steering rack yang rosak atau bocor

Steering rack adalah komponen penting untuk memastikan steering berfungsi dengan baik. Penggunaan yang berterusan dan lama boleh menyebabkan kerosakan atau kebocoran pada steering rack. Apabila ini berlaku, pelincir dalam steering rack tak lagi dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan steering jadi berat dan mengeluarkan bunyi aneh setiap kali diputar.

Keadaan ini bukan saja menyukarkan kawalan steering, malah meningkatkan risiko ketika memandu di jalan berliku atau pada kelajuan tinggi.

2. Pam power steering yang bermasalah

Pam power steering berfungsi untuk mengawal tekanan hidraulik yang diperlukan bagi memastikan steering mudah dikendalikan. Apabila terdapat kebocoran pada hos pam, tekanan akan meningkat dan boleh merosakkan komponen lain seperti bearing, yang akhirnya menyebabkan bunyi ‘kasar’.

Jika pam power steering gagal berfungsi dengan baik, steering akan jadi lebih sukar untuk dikawal, terutamanya ketika pemanduan perlahan.

Untuk elakkan masalah ini, pastikan hos pam power steering sentiasa dalam keadaan baik. Jika hos bocor atau sudah ‘usang’, tukar dengan hos baru supaya tidak menimbulkan kerosakan lebih besar pada sistem steering yang boleh memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

3. Fan belt yang longgar atau rosak

Salah satu komponen yang sering diabaikan tetapi sangat penting adalah fan belt. Fan belt yang rosak atau longgar boleh mengeluarkan bunyi ‘kasar’ semasa pemanduan.

Sekiranya fan belt ini tidak ditukar dan dibiarkan rosak, ia mungkin akan terputus secara tiba-tiba. Apabila fan belt terputus, ia bukan sahaja akan mengganggu fungsi steering, malah boleh menyebabkan kerosakan lain pada sistem enjin.

Sebaiknya, tukarlah fan belt dengan yang berkualiti supaya ia tahan lebih lama dan mengelakkan anda daripada perlu membayar kos tambahan seperti upah towing jika fan belt terputus semasa dalam perjalanan.

4. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi

Mungkin ramai yang tak sedar, tetapi tekanan angin tayar yang rendah juga boleh menjadi punca steering jadi berat.

Apabila tayar kekurangan angin, ia meningkatkan geseran antara tayar dan permukaan jalan, menyebabkan steering terasa lebih berat, terutama ketika membelok.

Untuk pengalaman memandu yang lebih lancar dan selesa, pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin yang mencukupi mengikut spesifikasi kenderaan. Dengan tayar yang cukup angin, bukan saja steering akan lebih ringan, tetapi ia juga membantu menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kehausan tayar.

Dengan menjaga perkara-perkara ini, pemanduan anda akan lebih selamat dan selesa.

@altimatsaujana Ini 4 sebab steering korang jadi berat yang korang kena ambik tahu! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #mekanikmalaysia #pomenmalaysia #bengkelmalaysia #automotivemalaysia #automotifmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifmobilindonesia #otomotifzone #otomotifsepedamotor #trending #fyp #viral ♬ original sound – Altimat Saujana Utama

Ingat, menjaga kenderaan dengan baik bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan untuk pengalaman memandu yang selesa dan selamat.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Pegawai pemasaran raih pendapatan hingga RM50,000 sebulan rupanya jual makanan ringan mengandungi ganja secara ‘online’
Anak bunuh ibu kandung, sorok dalam peti ais selama 3 tahun
Pelakon terkenal Korea Selatan ditemui mati, sempat tinggal sepucuk surat