Ini 3 tips pemanduan secara selamat ketika meredah air banjir.
Memandu dalam hujan lebat yang berpanjangan boleh membahayakan, terutamanya di kawasan bandar yang berisiko mengalami banjir kilat jika hujan berlarutan lebih daripada satu jam.
Sebaiknya, rancang perjalanan anda dengan teliti dan sentiasa peka dengan keadaan jalan raya sekiranya berlaku banjir. Jika anda sedang memandu, carilah kawasan yang selamat untuk berhenti sementara menunggu keadaan reda.
Berikut adalah teknik asas memandu meranduk air banjir.
1 – Gunakan gear rendah dan elakkan menukar gear ( kalau kete manual) waktu meranduk banjir..Kalau kete auto letak gear kat D3 untuk toyota dan untuk kereta lain rendahkan gear auto satu tahap dibawah D.. Pakai low gear auto kereta tak bertukar gear waktu meranduk air. Bila lepas meranduk air jangan lupa pulak nak letak kat D.. Karang tak pasal pasal pecah gear box jalan low gear dari Kuantan sampai ke Kemaman
2 – Kalau nak merasakan plet number depan tercabut sila bawak laju masa meranduk banjir.. Double sided tape yang ditampal pada plet number bukan dicipta untuk menahan tekanan air pada kelajuan lebih 20km sejam.
3 – Setelah melalui kawasan yang berair, cuba tekan brek beberapa kali untuk memastikan sistem brek berfungsi dengan baik. Jangan terus memecut tanpa berhati-hati hanya kerana marah menunggu lama, kerana apabila sistem brek kereta terendam dalam air, ada kemungkinan brek boleh jem dan tidak berfungsi dengan baik, terutamanya pada kelajuan tinggi. Begitu juga dengan motosikal, selepas meranduk air, pastikan untuk menguji brek, terutama brek depan.