Ingkar arahan suruh berhenti, pegawai polis tendang penunggang motosikal hingga berlanggar

Ingkar arahan suruh berhenti, pegawai polis tendang penunggang motosikal hingga berlanggar

Ingkar arahan suruh berhenti, pegawai polis tendang penunggang motosikal hingga berlanggar.

Satu rakaman video menunjukkan seorang pegawai polis menendang seorang penunggang skuter di sebatang jalan raya di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam pada 5 Disember lalu, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Ketika kejadian, Kapten Duong Hai sedang melakukan rondaan apabila melihat seorang pemuda berusia 30 tahun menunggang skuter cuba memasuki sebatang jalan tetapi kenderaannya menghala ke arah motosikal pegawai polis itu selain memintanya supaya berhenti.

Ingkar arahan suruh berhenti, pegawai polis tendang penunggang motosikal hingga berlanggar

Kaki kanan pegawai polis itu kemudian menendang skuter itu yang hampir dengan motosikalnya tetapi pemuda tersebut terus menunggang skuternya menyebabkan Hai mengejar lelaki berkenaan.

Pegawai polis itu mengejar lelaki berkenaan dan motosikalnya berada di tepi skuter itu. Dia sekali lagi menendang pemuda tersebut pada pinggang kiri mangsa.

Tindakan pegawai polis itu menyebabkan skuter itu kemudian melanggar sebuah lagi motosikal di hadapannya yang sedang bergerak perlahan.

Video kejadian itu kemudian tular di media sosial kelmarin.

Menurut polis, pemuda berkenaan melanggar arahan supaya berhenti, tidak mempunyai lesen memandu dan pendaftaran kenderaan serta menungang di lorong yang salah.

Polis turut menggantung tugas pegawai polis itu berikutan kejadian tersebut.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu kenapa kerusi bas bercorak pelik-pelik, ini jawapannya
“Doakan saya syahid” – Fatiya Latiff mahu ke bumi Gaza tahun depan
Anggota polis hilang isteri, dua anak sekelip mata kemalangan ketika balik kampung
CATEGORIES