Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kewajipan yang harus dipatuhi oleh majikan bagi setiap pekerja yang diambil bekerja.
Namun, terdapat segelintir majikan yang menganggap remeh perkara ini dan sanggup menzalimi pekerja dengan tidak membayar caruman KWSP sebagaimana yang ditetapkan dalam undang-undang negara.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @Farezadnanofficial, beliau mendedahkan bahawa sebuah tadika terkenal didakwa melakukan penindasan terhadap guru-guru dengan tidak menyumbang KWSP selama bertahun-tahun.
Beliau menyatakan bahawa adik iparnya yang bekerja di tadika tersebut telah membuat laporan polis, namun tiada tindakan yang diambil sehingga kini.
“Korang tahu tak tadika terkenal sekarang aniaya cikgu-cikgu? Korang tahu tak dorang tak bayar KWSP berapa lama dah.
“Saya ada anak buah kerja situ. Dia pun dah buat laporan polis, ramai dah buat laporan polis tapi tiada apa-apa tindakan.
“Sekarang ni dah bertahun dorang tak bayar KWSP, lepas itu sekarang ni kesian sebab itu adalah hak mereka cikgu-cikgu, dan juga semua aunty-aunty yang ada kat situ,” katanya.
Namun, Farez enggan mendedahkan nama tadika tersebut secara terbuka kepada orang ramai, tetapi memberi petunjuk bahawa majikan tadika tersebut terlibat dengan Quantum Metal (QM).
@farezadnanofficialSIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.
Susulan pendedahan ini, beliau menyeru kepada guru-guru yang terlibat untuk membuat aduan di pejabat buruh kerana mereka berhak mendapat caruman KWSP setiap bulan mengikut kadar semasa yang ditetapkan.
“Eh korang tahu tak dapat tahu rupanya dia punya bos besar masuk dalam QM lepastu duit tak dapat-dapat, tak tahu lah saya tak tuduh ye.
“Saya tak nak sebut nama penuh tadika, saya sebut BB sahaja ye. Dia aniaya ramai cikgu-cikgu, degarlah cakap saya ni pergilah pejabat buruh buat laporan tuntut hak anda,” katanya.
Mengenai komen yang diterima, ramai terkejut dengan tindakan pihak pengurusan tadika terkenal tersebut yang kelihatan Islamik namun sebenarnya tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.