Ingatkan orang biasa, pasangan ini tak perasan Remy Ishak yang tolong ambil gambar. Lama tak mendengar khabar aktor hebat, Remy Ishak selepas beberapa bulan sebelum ini mengatakan mahu berehat dari media sosial dan kerja buat seketika.
Selepas lama ‘menghilangkan’ diri, Remy akhirnya kembali muncul di media sosial pada Disember tahun lalu bagi meraikan hari ulang tahun ibunya setelah hampir 4 bulan tidak memuat naik apa-apa di Instagram.
Siap tolong ambilkan gambar
Terbaru, video Remy Ishak dan isteri tersayang, Ezza Yusof ketika meluangkan masa bersama telah menjadi perhatian peminat apabila ramai yang tidak sedar kehadiran aktor hebat itu di Tasik Cermin, Perak sehingga ada pengunjung meminta bantuan mengambil gambar tanpa menyedari kehadiran pelakon berkenaan.
Memang tak perasan tu Remy
Menerusi kapsyen yang disertakan Ezza, ketika mereka tiba di lokasi pelancongan itu, satu pasangan telah meminta bantuan Remy mengambil gambar tanpa menyedari individu tersebut adalah pelakon drama Pujaan Hati Kanda.
Menjengah ke ruangan komen, pasangan yang meminta bantuan mengambil gambar itu telah ‘hadir’ dan mengakui benar-benar tidak perasan yang individu membantu mereka adalah Remy Ishak.
Dia juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka.
Nak tengok hasil gambar!
Perkongsian tersebut juga telah menarik perhatian ramai dan rata-rata turut mengakui tidak perasan yang lelaki itu adalah Remy Ishak.
Mereka juga berasa teruja untuk mengetahui hasil ‘tangkapan’ yang dibuat pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei bin Ishak dan masih menanti ‘update’ dari pasangan berkenaan.
Dekat Tasik Cermin, pasangan ni mintak tolong baju kuning ni tangkap gambo.
Ghopenya, Remy Ishak. Deme pun tak perasan, sampai video isteri Remy Viral
Susah nak cam sebab pakai pelitup muka 😍
📹 roseezza pic.twitter.com/XglEtMRDov
— Perak Press (@PerakPress) January 3, 2023