‘Ingatkan nasi tidak masak’ – Ibu mengandung terkejut temui ulat dalam perut ikan yang dimakan

Photo of author

By Syima Iza

‘Ingatkan nasi tidak masak’ – Ibu mengandung terkejut temui ulat dalam perut ikan yang dimakan. Hampir usai menikmati makanan berbuka puasa, seorang wanita terkejut apabila menjumpai berpuluh ekor ulat pada bahagian perut ikan yang dimakannya semalam.

Menerusi kumpulan di Facebook, pengguna yang dikenali Noonafz Isml berkongsi hantaran beserta dua keping gambar yang menampakkan ulat pada juadah berkenaan.

Ibu mengandung itu dipercayai membeli lauk berkenaan di bazar Ramadan PPR Batu Muda.

'Ingatkan nasi tidak masak' - Ibu mengandung terkejut temui ulat dalam perut ikan yang dimakan

“Bukan seekor atau dua tetapi berpuluh-puluh ekor. Ingatkan beras tidak masak, ulat rupanya!.

“Saya sedang mengandung. Allah sungguh azab di akhirat nanti kalau peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak minta ganti rugi cuma niat berniaga biarlah ikhlas, bukan aniaya orang seperti ini,” ujarnya dalam hantaran semalam.

Sehubungan itu, ramai pengguna yang mengecam peniaga yang menjual juadah yang berulat sekali gus prihatin terhadap kesihatan ibu mengandung tersebut.

“Ini orang kata meniaga tidak mahu rugi. Menganiaya orang lain, besar-besar pula ulatnya. Takkanlah masak pagi, petang dah berulat sebegitu,” tulis Mohd Hairry Hussain.

“Kalau berulat begitu, isi ikan dah berbau. Mungkin lapar, tidak perasan,”ujar Meriam Hassan.

“Macam mana keadaan awak, ada cirit-birit ke? Bahayanya, lagi awak tengah mengandung,” tanya Ecah Ahmad.

Baca Lagi:
‘Ingatkan nasi tidak masak’ – Ibu mengandung terkejut temui ulat dalam perut ikan yang dimakan
Wanita memiliki 3 suami tinggal sebumbung undang kontroversi
Pelajar menangis kena ‘pulau’ dengan rakan sekelas kerana bercakap bahasa Inggeris