Gelagat dua ekor unta yang tersesat di jalan Sungai Udang – Tangga Batu, Melaka telah mencuri perhatian pengguna jalan raya di situ.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok @ijanichiiiiii berdurasi 44 saat itu, kelihatan anggota bomba cuba menangkap unta tersebut yang tersesat di jalan raya.
Beberapa pemandu juga kelihatan memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan daripada terlanggar unta tersebut.
Tinjauan Kosmo! di akaun tersebut mendapati orang ramai meninggalkan komen yang lucu dan memuji tugas anggota bomba yang membantu dalam pelbagai situasi.
“Terbaik abang bomba, semua situasi diorang ada,” kata Leaa.
“Ya Habibi welcome to Malaysia,” kata Hafiy
“Kes merajuklah ni, terus nak balik Arab,” kata Neana
Perkongsian video tersebut menjadi tular di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 459.4 ribu dan 29.2 ribu tanda suka.
Ini rare sikit, selalu nampak lembu je terlepas.
ni macam gelabah cari padang pasir, nak tanya orang tapi diorang tak faham arab. pic.twitter.com/gx6Zg8onv5
— ًِ (@bckupacc99) June 28, 2024