‘Ingatkan cincau rupanya bangkai cicak hampir reput’

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita mendakwa trauma selepas menjumpai bangkai cicak dalam bungkusan minuman yang dibelinya di tepi jalan.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok milik @azie_anjeeee, pada awalnya wanita dikenali dengan nama Azie Aziz itu membeli air minuman tersebut untuk tujuan berbuka puasa.

“(Saya) beli air balang tepi jalan area Klang sebab teringin sangat minum air keladi. Sudah tuang dalam dua bekas, ada baki sedikit lagi dalam plastik.

'Ingatkan cincau rupanya bangkai cicak hampir reput'

“Saya tergerak hati hendak tuang semua dalam cawan,” katanya dalam hantaran video tersebut pada Ahad.

Ujar Azie, dia terkejut apabila mendapati haiwan spesies reptilia itu berada dalam plastik minuman berkenaan yang pada awalnya disangkakan cincau.

“Ingat cincau hendak gelongsor dalam cawan, rupanya cicak yang dah hampir reput. Kecoh satu dapur saya menjerit, geli gila.

“Trauma dah nak beli air balang. Beli air keladi ‘percuma’ cicak,” ujarnya.

@azie_anjeeeeTime nie beli air balang tepi jln area klang… sbb tringin sgt air keladi..dah siap tuang 2jug , ada balance sket lg dlm plastik …sy tergerak hati nk tuang smua dlm cawan ..skali ingat cincau nk gelonsor dlm cawan ..rupanya cicak yg dah hampir reput 🥹🥹🥹🤢🤢🤢…kecoh satu dapur sy menjerit ..geli giler 🤮♬ оригинальный звук – Aizh

Sehingga Selasa, hantaran video berkenaan meraih 1.7 juta tontonan dan 40,500 tanda suka di platform TikTok. Rata-rata netizen tidak ketinggalan turut menceritakan pengalaman masing-masing berhadapan dengan situasi sama menerusi ruangan komen video tersebut.

'Ingatkan cincau rupanya bangkai cicak hampir reput'

Salah seorang pengguna TikTok, @hot.milo88 berkata, ahli keluarganya juga pernah membeli dan terminum air yang terdapat bangkai cicak di dalamnya.

“Baru sembang dengan adik semalam. Dia beli air bungkus balik-balik sedut air ada cincau.

'Ingatkan cincau rupanya bangkai cicak hampir reput'

“Dia pun beria minum kemudian baru teringat mana ada cincau dalam air. Rupanya cicak yang sudah terburai perut,” menurutnya.Seorang lagi pengguna TikTok, @sheqahh pula berkata, makanan dibelinya di bazar Ramadan baru-baru ini terdapat telur lalat.

“Saya beli nasi ayam kunyit dekat bazar semalam, percuma telur lalat dekat ayam saya ya,” ulasnya.

Baca Juga:
Terkejut lihat rumah jiran disambar petir, ramai netizen kongsi pengalaman
Petugas lebuhraya nampak kelibat ‘pontianak’ kongsi pengalaman seram
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin di Malaysia bimbang keselamatan diri dan keluarga