Influencer sifatkan suami gaji RM4k zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri

Photo of author

By Syima Iza

Influencer sifatkan suami gaji RM4k zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri.

Setiap manusia pastinya mempunyai kereta idaman, namun untuk merealisasikan impian tersebut, seseorang perlu menilai kemampuan kewangan sendiri.

Seperti pepatah Melayu, ‘Ukur baju di badan sendiri.’ Jika tersilap langkah dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan, penyesalan pasti datang di kemudian hari.

Influencer sifatkan suami gaji RM4k zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri

Ada juga individu yang berpendapatan besar memilih untuk memiliki kereta sederhana demi memastikan keluarga hidup selesa tanpa terbeban dengan hutang.

Influencer sifatkan suami zalim jika tidak beli kereta Honda untuk keluarga

Namun, baru-baru ini tular di media sosial seorang pempengaruh bernama Muiz, yang menyatakan bahawa lelaki dengan gaji RM4,000 ke atas dianggap zalim jika tidak membeli kereta jenama Honda untuk isteri dan anak-anak mereka.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikToknya (@muizhypex), Muiz berpendapat bahawa rezeki yang diperoleh daripada Allah SWT dalam bentuk gaji adalah untuk dimanfaatkan, bukan hanya disimpan tanpa sebab.

“Bayangkan, Allah bagi gaji RM10,000 sebulan, bukan untuk kau seorang. Kau ada anak dan isteri, kau kena salurkan gaji RM10,000 itu kepada mereka.

“Tapi apa kau buat? Kau simpan saja dalam bank. Anak-anak tak dibawa berjalan, lama tak tengok dunia luar,” katanya.

@muizhypexKalau dah mampu tu beli jelah. Apa yang takut sangat dengan komitmen hidup, dah kau nak hidup. Memang lah ada komitmen. Yang takut sangat dah kenapa, kita ni patut takut dengan Allah je. 💀 Jual beli kereta Honda, DM aku

♬ Very Sad – Enchan

Isteri dan anak merana dalam kereta uzur

Menurut Muiz, isteri dan anak-anak juga boleh merana jika terpaksa menggunakan kereta yang sudah uzur, kerana ia tidak memberikan keselesaan dan keselamatan.

“Bukan nak suruh kau beli kereta dengan bayaran RM2,000 sebulan. Kalau gaji RM5,000, beli kereta dengan bayaran RM1,000 sebulan pun dah cukup. Masih ada lebihan RM4,000, takkan tak boleh hidup?

“Pada aku, ada asbabnya kalau Allah beri kau gaji besar, mungkin sebab kau ada anak dua orang, sebab isteri kau tak bekerja. Tapi apa yang jadi bila Allah bagi rezeki macam itu, rezeki itu tidak sampai pun kepada anak dan isteri,” katanya lagi.

Muiz, yang juga seorang penasihat jualan Honda, turut menegaskan bahawa kereta jenama tersebut adalah pilihan yang baik kerana boleh dipercayai dan mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

Ramai tidak bersetuju dengan pandangan Muiz

Influencer sifatkan suami gaji RM4k zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri Influencer sifatkan suami gaji RM4k zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Muiz.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa gaji RM4,000 hingga RM5,000 bagi individu yang berkeluarga bukanlah pendapatan yang besar, terutamanya jika tinggal di kawasan bandar.

Malah, memiliki kenderaan jenama tempatan seperti Proton dan Perodua juga sudah memadai dan selesa untuk kegunaan seisi keluarga.

Baca Juga:
“Hina ke pesan air kosong?”- Wanita ‘Cut’ gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong
“Yang macam ini kita patut cemburu”- Bacaan doa pekerja warga asing ini raih perhatian ramai
“Kau tutup muka laki aku pun, aku masih kenal”- Isteri dedah wajah penyondol kerja pam minyak dengan suami anggota MALBATT