Influencer pam susu badan sendiri tawar kepada rakan sekerja buat netizen hampir termuntah

Photo of author

By Syima Iza

Influencer pam susu badan sendiri tawar kepada rakan sekerja buat netizen hampir termuntah.

Seorang pesohor media sosial di Australia mengundang kecaman orang ramai kerana menawarkan susu badannya kepada rakan sekerja semasa bercuti, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sarahs_day menunjukkan wanita itu mengepam susu badannya di atas sebuah bot yang bergerak laju.

Influencer pam susu badan sendiri tawar kepada rakan sekerja buat netizen hampir termuntah

Dia kemudian memberikan susu tersebut kepada rakan-rakannya untuk dinikmati.
Lebih mengejutkan, perbuatan itu dilakukan demi kandungan laman sosial.

“Mencuba susu badan saya,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan mengundang pelbagai komen netizen.

“Saya telah bersalin sebanyak tiga kali tetapi saya tidak ingin minum susu badan saya sendiri,” sindir seorang netizen.

“Tolong padam video ini, saya hampir muntah!” marah netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah (@sarahs_day)

Baca Lagi:
Kos guaman cecah RM1.3 juta, ahli keluarga penyanyi di tahan di Thailand mungkin jual tanah, rumah
Pernah jadi perhatian ramai jawab ‘Exam’ atas pokok, ini keadaan terkini pelajar wanita ini buat ramai tak sangka
Kerajaan beri tol percuma pada 23 dan 24 Disember 2024