Individu menyamar TMJ untuk dapatkan projek diburu polis

Individu menyamar TMJ untuk dapatkan projek diburu polis

Individu menyamar TMJ untuk dapatkan projek diburu polis. Polis sedang mengesan suspek yang mengaku sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi meminta sejumlah bayaran konon untuk urusan perniagaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner M. Kumar berkata, polis Johor menerima laporan pihak media Istana Johor berkenaan satu tangkap layar Instagram melalui ‘direct message’ dengan menggunakan akaun Tunku Mahkota Johor pukul 2.35 petang tadi.

Beliau berkata, tangkap layar tersebut memaparkan mesej suspek mengaku sebagai Tunku Ismail dan telah dihantar kepada beberapa pihak serta meminta sejumlah bayaran untuk urusan perniagaan.

Individu menyamar TMJ untuk dapatkan projek diburu polis

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram Tunku Mahkota Johor agar mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail.
“Setakat ini, dipercayai mesej itu telah diedarkan kepada lapan buah syarikat dan ada antaranya telah terpedaya dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diarahkan suspek untuk mendapatkan projek yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (penyamaran) yang mana boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya.

Tambah beliau, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh juga didenda

Baca Lagi:
Selepas ‘kantoi’ dakwa SPRM sogok RM10 juta kepada Wan Saiful, lelaki ini mohon maaf, salahkan wartawan
Lelaki tayang pistol, gari di media sosial ditahan polis
Suami kantoi buat ‘projek’ dengan mak mertua, isteri sendiri nampak masa bangun bancuh susu anak
CATEGORIES