Individu lamar Fazura dalam ‘Live’, ini respon tuan badan

Photo of author

By Syima Iza

Individu lamar Fazura dalam ‘Live’, ini respon tuan badan.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura kembali mencuri perhatian apabila mengadakan sesi siaran langsung di TikTok bersama anaknya, Fatima, semalam.

Seperti biasa, Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, melayan pertanyaan dan komen peminat dengan gaya santai dan mesra. Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang peminat bergurau melamarnya, dan jawapan bersahaja Fazura membuatkan ramai tersenyum.

Individu lamar Fazura dalam 'Live', ini respon tuan badan

“Allahu, idah tak habis lagi, nak kahwin macam mana,” katanya sambil ketawa.

“Ramai yang Bakal Disaman” – Fazura

Dalam sesi tersebut, Fazura turut menjawab persoalan mengenai kes saman yang sedang berlangsung dan mendedahkan bahawa ramai individu telah dikenal pasti untuk tindakan undang-undang.

“Ramai sebenarnya, dan kita dah kenal pasti ramai. Tapi tindakan itu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah,” katanya.

Fazura juga mengingatkan peminat agar tidak terlalu emosi dengan isu tersebut dan menyerahkan urusan itu kepada pihak berkuasa.

Fazura Serahkan Segalanya kepada Allah

@stokin.yg.hilang comel jer faz bila jawab soalan fans 😂 #fazura #fattahamin #fazuraLIVE ♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin

“Saya tahu ramai peminat yang geram dan sebagainya, saya harap semua bersabar. Saya tahu ramai yang sayangkan saya, tapi bersabar okay. Kita serahkan semuanya kepada Allah, dan kita tak perlu buat apa-apa.”

Meskipun sering menerima komen negatif dan kecaman, Fazura mengakui bahawa dirinya tidak terkesan. Baginya, setiap perbuatan manusia akan dinilai oleh Allah SWT.

Kata-kata Fazura ini bukan sahaja menenangkan peminatnya, tetapi juga menunjukkan kematangan serta kepercayaannya terhadap takdir Ilahi.

Daripada Fazura, kita boleh belajar kepentingan untuk tetap tenang menghadapi ujian dan kecaman. Tidak perlu membalas dengan emosi, sebaliknya serahkan segala urusan kepada Allah dan pihak berwajib. Yang penting, teruskan berbuat baik dan jauhi perkara negatif.

Baca Juga:
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
“Tangan pucat macam mayat”- Lelaki kongsi detik selamatkan 4 nelayan hanyut di tengah laut selama 4 hari
Khas buat yang pertama kali naik kapal terbang, ini syarat yang perlu anda tahu