Individu kecewa dedah ibu ‘berskandal’ dengan adik ipar sendiri

Photo of author

By Syima Iza

Individu kecewa dedah ibu ‘berskandal’ dengan adik ipar sendiri.

Percaya atau tidak, banyak perkongsian melibatkan skandal atau kecurangan dalam kalangan ahli keluarga sendiri yang semakin membimbangkan.

Apatah lagi anak-anak yang terpaksa menghadap perangai ibu atau ayah yang melakukan perkara terkutuk itu sendiri.

Individu kecewa dedah ibu 'berskandal' dengan adik ipar sendiri
Gambar sekadar hiasan

Seperti perkongsian melalui kotak hati di sini, di mana seorang individu meluahkan rasa kecewa melihat perangai ibunya yang sanggup menjalinkan hubungan sulit bersama adik iparnya sendiri.

Mak cik sendiri tahu mak ada skandal dengan suaminya

Menerusi perkongsian di kotak hati tersebut, seorang individu memberitahu dia datang dari keluarga yang sudah bercerai-berai.

Ibunya mempunyai hubungan sulit dengan adik ipar sendiri, manakala bapanya telah pun berkahwin dengan wanita lain. Menurutnya, ibu bapanya sudah bercerai ketika dia dan adik-beradiknya masih kecil.
Difahamkan, hubungan sulit ibunya bersama adik iparnya sudah lama bahkan hingga kini mereka masih bersama.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, individu berkenaan memberitahu bahawa mak ciknya, iaitu adik perempuan kandung kepada ibunya sendiri, tahu akan hubungan sulit ibunya bersama suaminya.

Tambahnya, seluruh keluarga ipar duai sebelah ibunya juga tahu akan perkara tersebut, namun perkara itu masih tetap berterusan.

“Seluruh keluarga ipar duai (sisi mak) semua tahu skandal dorang berdua. Bahkan mak cik saya (adik perempuan kandung mak saya) pun tahu yang mak saya ada hubungan sulit dengan suami dia.

“Sebab dorang berskandal dari anak-anak masih kecil sampailah kita orang dah besar dan beranak-pinak. #IparAdalahMaut,” luahnya.

Individu kecewa dedah ibu 'berskandal' dengan adik ipar sendiri

Pernah jadi mangsa cabul pak cik dan abang sendiri

Sementara itu, di dalam satu lagi perkongsian menerusi kotak hati, seorang individu meluahkan yang dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu kecil.

Menurutnya, dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika berumur empat hingga lima tahun oleh dua orang lelaki berbeza.

Bukan itu sahaja, pak ciknya iaitu adik ipar kepada ibunya sendiri juga pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada dirinya.

Kesedihan tersebut di tambah pula apabila abangnya sendiri pernah mencabul dirinya. Bahkan, abang itu juga pernah mencabul adiknya yang lain berusia enam hingga tujuh tahun.

“Pak cik (adik ipar ibu saya) pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada saya, dan abang saya juga pernah meraba saya semasa kami masih berada di awal sekolah menengah.

“Abang saya juga pernah mencabul adik saya semasa dia berusia enam hingga tujuh tahun (abang saya pada waktu itu berusia 14 hingga 15 tahun), dan menyebabkan dia (adik saya) trauma sehingga kini,” ujarnya.

Individu kecewa dedah ibu 'berskandal' dengan adik ipar sendiri

Jika anda sedang menghadapi sebarang kesukaran dan memerlukan bantuan atau khidmat nasihat, anda boleh menghubungi Telenisa melalui WhatsApp atau panggilan telefon di talian 012-8123424, atau berjumpa untuk konsultasi bersemuka melalui temu janji setiap Isnin hingga Jumaat, dari 10 pagi hingga 5 petang, di No.4, Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Sekadar makluman, kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, yang bermula dari 1 November hingga 30 November ini, bertujuan untuk memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan memuatkan pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

Baca Lagi:
Orang ramai kecoh penyu sesat naik ke jalan raya di Dungun
Ini syarat yang patut tahu bagi yang ‘first time’ naik kapal terbang
Baru 6 bulan kerja di Malaysia, warga asing berjaya beli kereta Mazda, pinjaman lulus dalam masa sehari