Individu ini terkejut jumpa ‘Nuget’ emas bernilai lebih RM200,000

Photo of author

By Syima Iza

Individu ini terkejut jumpa ‘Nuget’ emas bernilai lebih RM200,000.

Seorang pencari harta karun telah menemui emas yang menyerupai nugget dan dipercayai sebagai yang terbesar pernah dijumpai di England, lapor saluran berita CNN.

Richard Brock menemui nugget emas seberat 64.8 gram itu di Bukit Shropshire, berhampiran sempadan Wales, menurut firma lelongan Mullock Jones yang menganjurkan lelongannya baru-baru ini.

Individu ini terkejut jumpa 'Nuget' emas bernilai lebih RM200,000

Nugget emas tersebut juga bersaiz seperti syiling 50 pence Britain.

Penemuan yang dinamakan sebagai “Hiro’s Nugget” ini dianggarkan bernilai antara £30,000 (RM179,620.80) hingga £40,000 (RM239,494.40), menurut Mullock Jones yang berpangkalan di Shropshire.

“Hiro’s Nugget dianggap sebagai ‘penemuan yang luar biasa’,” kata jurulelong Ben Jones dari Mullock Jones kepada CNN.

Lelongan nugget emas itu akan berakhir pada 1 April ini.

Menurut Jones, Hiro’s Nugget dipercayai sebagai nugget terbesar pernah ditemui di England setakat ini, manakala beberapa penemuan lain pula adalah lebih kecil saiznya.

Pemegang rekod semasa nugget emas terbesar di Britain ialah “Reunion Nugget” yang mempunyai berat 121.3 gram dan ditemui di Scotland pada tahun 2019.

Baca Juga:
Pokok tualang di Gua Musang masih gah berdiri, ramai percaya ada ‘penunggu
Pasangan tunang baring tempat awam sambil korek kuku undang rasa kurang senang netizen
Remaja 13 tahun kena tampar dengan isteri kekasih sampai berdarah bibir