Seorang lelaki yang juga pemain bola sepak didakwa kerap memperdayakan wanita dengan meminjam wang dan terlibat dalam skandal dengan beberapa individu.
Difahamkan, pemain dari sebuah kelab bola sepak popular itu banyak mempermainkan hati wanita bukan sahaja di negeri tempat dia berkhidmat, malah di serata ibu negara dengan alasan tidak mampu menampung perbelanjaan sebagai pemain bola sepak.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita yang merupakan kawan kepada salah seorang mangsa penipuan lelaki terbabit.
Pemain bola sepak perdaya ramai wanita? Tiada duit untuk latihan di stadium
Menurut wanita itu, lelaki berkenaan sering kali menggunakan alasan tiada duit untuk ke stadium latihan selain kadang-kadang meminta mangsa membelikan kasut baharu untuk perlawanan bola sepak.
“Mana-mana perempuan yang terkenal dengan player ni hati-hati la yaa. Nanti dia mesej buat cerita sedih takda duit nak isi minyak pergi training, takda kasut untuk game, takda itu takda ini dan duit-duit korang dia gunakan untuk tampung kehidupan dia sebagai ‘playboy’ yang tak berduit,” ciapnya di laman X pada Khamis.
Wanita tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan rakannya yang didakwa mangsa penipuan lelaki berkenaan.
Sering bertukar pasangan di Kuala Lumpur?
Lebih parah apabila pemain yang dikatakan beraksi di posisi sayap kanan itu didakwa kerap bertukar-tukar pasangan di Kuala Lumpur melalui ‘kisah sedihnya’.
“Mangsa dia bukan sorang dua. Dalam satu masa ada 5-6 perempuan dia manipulate itu dan ini. Yaa bermodalkan sebagai player JDT boleh la buat cerita sedih ke sana ke mari. A invest kat dia, dia invest dekat B. Collection dia bukan di JB sahaja termasuk di KL.
“Pergi KL silih ganti tidur rumah ‘gf’ bertukar-tukar. Dekat JB pun sama la. Orang suruh main dekat padang, bukan main perempuan sana sini. Semoga dapat STD,” dakwa wanita terbabit.
Dipalau oleh pemain bola sepak yang lain?
Wanita itu turut berkongsi bahawa pemain berkenaan dikatakan dipalau oleh rakan sepasukannya. Lebih mengejutkan, lelaki itu seolah-olah berbangga apabila menceritakan kepada rakan sepasukannya bahawa dia adalah seorang kaki perempuan.
Dia dilihat turut menasihati pemain berkenaan sekiranya tidak mampu untuk membeli kereta sendiri, boleh menaiki perkhidmatan e-hailing sekali gus menyelar tindakan supaya membeli mengikut kemampuan sendiri.
Mana mana perempuan yg terkenal dgn player JDT ni hati hati la yaa. Nanti dia msg buat cerita sedih takda duit nak isi minyak pergi training, takda kasut untuk game, takda itu takda ini dan duit duit korang dia gunakan utk tampung kehidupan dia sbg playboy yg tak berduit. pic.twitter.com/v1HwR4yAMF
— 🌺 (@vnnmn_) May 30, 2024
Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu dia tidak kisah sekiranya dikecam kerana mendedahkan masalah yang sedang berlaku. Pada masa sama, dia berharap perkara ini dapat dijadikan sebagai peringatan untuk golongan wanita lain yang mungkin akan menjadi mangsa.
Setakat hari ini, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 4,000 tanda suka, 3,000 retweet dan seramai 200 orang dilihat telah meninggalkan komen.