Individu beri bayi berusia 10 hari makan pisang undang kecaman ramai

Photo of author

By Syima Iza

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi baru berusia 10 hari.

Bayi yang baru lahir mempunyai sistem badan yang lemah dan akan menguat mengikut usia mereka.

Oleh itu, bayi yang baru sahaja lahir dan berusia kurang daripada 3 bulan tidak dibenarkan untuk diberi makanan lain selain susu untuk mengenyangkan mereka.

Ini kerana, saiz perut bayi yang kecil dan hanya akan membesar mengikut usia mereka selain tidak mampu memproses segala khasiat dari makanan.

Individu bagi bayi berusia 10 hari makan pisang undang kecaman ramai

Individu bagi bayi berusia 10 hari makan

Namun, berbeza dengan seorang wanita dipercayai di Indonesia ini apabila dia dilihat menyuap makanan pepejal kepada bayi yang baru sahaja berusia 10 hari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rulyjember di TikTok, awalnya kelihatan bayi yang sedang dibedung itu diberikan makanan berbentuk pepejal seperti pisang yang dihancurkan.

Dipercayai bagi makan pisang, letak pada bibir bayi untuk hisap

@rulyjember♬ Sholawat Nabi – Diva Sholawat

Individu itu kemudian meletakkan pisang yang sudah dihancurkan itu ke bibir bayi berkenaan dan si kecil itu dilihat menghisap makanan tersebut untuk masuk ke mulutnya.

Tindakan menyuap makanan tersebut turut dilakukan oleh individu berkenaan beberapa kali.

Ramai kecam tindakan bagi bayi usia 10 hari makan makanan pepejal

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan individu berkenaan memberi bayi kecil berkenaan makanan pepejal.

Ini berikutan perut si kecil masih belum mampu untuk memproses makanan berbentuk pepejal.

Malah, turut kelihatan terdapat segelintir menegur tindakannya yang boleh mengundang bahaya kepada bayi.

Walau bagaimanapun, ada juga yang turut menyokong perbuatan individu berkenaan dan mendakwa mereka juga melakukan hal yang sama.

“Bayi kau kecil lagi lah,” kata seorang netizen.

Individu beri bayi berusia 10 hari makan pisang undang kecaman ramai

Baca Juga:
Pemilik restoran terkejut besar burung gagak tiba-tiba masuk dalam sup panas menggelegak
Guna telefon bimbit di tandas berisiko dapat buasir – Pakar
Disangka mahu culik anak sendiri, wanita dibelasah orang ramai di tadika