Ina Naim dedah punca kenapa pilih Khairul Rizal sebagai suami

Photo of author

By Syima Iza

Ina Naim dedah punca kenapa pilih Khairul Rizal sebagai suami.

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim, mendedahkan punca utama yang menyebabkan dia terbuka hati untuk berkahwin dengan Mohd Khairul Rizal.

Memetik laporan mStar, Ina berkata Khairul Rizal mempunyai banyak persamaan dengan arwah suaminya.

Ina Naim dedah punca kenapa pilih Khairul Rizal sebagai suami

“Suami datang bawa resume” – Ina Naim

Khairul Rizal, yang merupakan duda dengan dua orang anak, seorang yang penyabar dan penyayang. Ina melihat sendiri bagaimana suaminya itu menghantar mesej kepada anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Ina bersyukur kerana anak-anaknya memberi respon dengan baik dan mudah untuk menerima apa yang diajari oleh Khairul.

“Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia. Kedua, saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk mengajar anak-anak,” kata Ina.

Ina juga mengakui bahawa bukan mudah untuk bergelar seorang ibu tunggal. Dia lega kerana perkahwinan yang dibina ini dapat mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah.

Mahu Bela Nasib Ibu Tunggal, Anak Yatim

Menurut Khairul pula, dia memilih Ina Naim dengan niat mahu membela nasib ibu tunggal dan anak-anak yatim. Dia melihat pernikahan ini sebagai peluang untuk melakukan amal jariah. Malah, dengan pengalamannya sebagai seorang pendidik, Khairul yakin dapat membimbing anak-anak tirinya menjadi insan yang lebih baik.

Sebagai netizen, marilah kita mendoakan kebaikan buat pasangan ini dan semoga mereka bahagia hingga ke akhirnya. Kita tidak perlulah menghukum keputusan yang dibuat oleh Ina kerana pasti ia adalah demi kebaikan anak-anaknya.

Baca Juga:
Wanita jejak anak luar nikah 15 tahun lalu diserah kepada keluarga angkat raih perhatian ramai warganet
Lelaki kongsi kisah penjara Thailand yang menggerunkan
Tak pernah tahu ‘buku merah’ Malaysia secantik ini bila di bawah UV Light