Ina Naim dedah bakal kahwin dengan peminat sendiri, lelaki duda anak 2

Photo of author

By Syima Iza

Ina Naim dedah bakal kahwin dengan peminat sendiri, lelaki duda anak 2.

Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, iaitu Ina Naim, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang duda berusia 41 tahun yang mempunyai dua orang anak pada 8 November ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Ina berkata bahawa beliau tiada niat untuk merahsiakan berita pernikahan tersebut, tetapi majlis akan diadakan secara sederhana. “Saya memilih untuk tidak menghebohkan majlis ini demi menghormati perasaan emak dan abah. Majlis kami hanya dibuat secara kecil-kecilan, jadi makanan juga sangat terhad. Bukan kerana kedekut, tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya.

Ina Naim dedah bakal kahwin dengan peminat sendiri, lelaki duda anak 2

“Saya tidak merancang untuk membuat majlis besar-besaran kerana khuatir jika makanan tidak mencukupi, boleh menimbulkan fitnah pula. Nanti kasihan pula emak dan abah yang akan menjadi bualan orang,” katanya.

Ina turut berkongsi bahawa bakal suaminya merupakan peminat Allahyarham suaminya dan mereka mula berkenalan selepas Aidilfitri lalu.

“Bakal suami saya berusia 41 tahun dan memang betul dia seorang duda dengan dua anak. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan menghargai cara arwah Suhaimi mendidik anak-anak.

“Dia mula mendekati saya dengan menghantar mesej melalui WhatsApp. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas melihat kesungguhannya dan dia tidak berputus asa, akhirnya saya menerima salam perkenalan itu,” jelasnya.

Tambah Ina lagi, bakal suaminya adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Hasratnya berkahwin dengan Ina adalah untuk mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membantu nasib seorang ibu tunggal.

Apabila ditanya tentang penerimaan anak-anaknya, Ina berkata bahawa mereka menerima kehadiran bakal bapa tiri dengan hati terbuka, dan bakal suami juga ikhlas menyayangi mereka.

“Alhamdulillah, mereka menerima dengan baik. Saya terangkan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula. Saya nampak bakal suami juga ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia ingin menjadi seperti arwah suami dan turut sama mendidik anak-anak kerana beliau mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” ujarnya.

Baca Juga:
‘Ilmu Apa Dia Pakai Ni?’- Lelaki misteri alih Vellfire double parking tanpa sentuh & tayar tak berpusing raih perhatian ramai
Pelajar jalan menyeret, sumbat kertas dalam kasut undang rasa sebak
Majlis perkahwinan bertukar tema ‘outdoor’ setelah khemah diterbangkan angin kencang