Impian wanita menjadi ‘Live host’ di Facebook musnah setelah ditipu RM16,799

Photo of author

By Syima Iza

Impian wanita menjadi ‘Live host’ di Facebook musnah setelah ditipu RM16,7993. Keterujaan seorang pempengaruh media sosial di sini untuk menjadi ‘Live-host’ di Facebook bukan sahaja musnah, malah turut mengalami kerugian apabila wangnya sebanyak RM16,799 lesap dari dalam akaun.

Ia apabila wanita tempatan berumur 28 tahun itu terjerat dengan sindiket penipuan yang menawarkan kerja dalam talian itu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa melihat iklan kerja kosong sebagai ‘Live-host’ di Facebook, yang menjanjikan komisen sebanyak RM1,000 sekiranya menjadi ‘Live-host’ minima 30 jam seminggu.

Impian wanita menjadi 'Live host' di Facebook musnah setelah ditipu RM16,799

 

Berminat dengan tawaran itu, beliau berkata mangsa telah berhubung dengan akaun Facebook terbabit.

“Dia kemudian diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.

“Mangsa seterusnya mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran berkenaan melalui aplikasi yang diberi namun aplikasi itu memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya.

“Sebaliknya, mangsa menerima mesej notifikasi bahawa terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wangnya berjumlah RM16,799 hilang dari dalam akaun.

Justeru, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Baca Lagi:
Remaja perempuan 15 tahun mati dibunuh, mayat dibuang dalam semak berlumpur
Budak 11 tahun lemas di kolam renang ketika penjaga asyik main telefon bimbit
Isteri ‘kantoi’ ditangkap suami check in bersama suami orang dalam bilik hotel