Imam surau nyaris ditikam lelaki terganggu dengar bacaan al-Quran

Photo of author

By Syima Iza

Imam surau nyaris ditikam lelaki terganggu dengar bacaan al-Quran.

Seorang imam surau di Condet, Jakarta Timur nyaris menjadi mangsa tikaman seorang penduduk tempatan yang berasa terganggu dengan bacaan al-Quran dan zikir, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai MAA dikatakan tinggal berdekatan surau tersebut, manakala kejadian berlaku sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan) selepas jemaah surau selesai menunaikan solat isyak.

Imam surau nyaris ditikam lelaki terganggu dengar bacaan al-Quran

Seperti kebiasaan, bacaan imam semasa solat akan dipancarkan melalui alat pembesar suara, namun suspek dikatakan terganggu mendengar bacaan itu.

Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian mengambil pisau dari dapur rumahnya dan menuju ke arah surau tersebut. Dia menunggu sehingga iman keluar dari surau.

Sejurus imam yang dikenali sebagai LFF keluar, suspek cuba menyerangnya, namun mangsa sempat mengelak.

Penduduk berjaya menahan suspek lalu membawanya ke balai polis terdekat.

Baca lagi:
Gadis Palestin maut dalam serangan Israel di wad bersalin
Tak sampai 10 minit habis licin! Nasi lemak air tangan pelajar Malaysia di Jerman pikat 500 tetamu antarabangsa
Tentera Israel dakwa jumpa ‘terowong Hamas terbesar’ di Gaza sepanjang 4km