Imam dedah pasangan bawa bayi naik motor bukan suami isteri, rancang kahwin minggu depan buat ramai terkejut

Imam dedah pasangan bawa bayi naik motor bukan suami isteri, rancang kahwin minggu depan buat ramai terkejut

Ketika masyarakat luar bersimpati dengan nasib bayi berusia 11 bulan yang dikendong seorang wanita menaiki motosikal ditunggang bapanya untuk ke hospital, timbul pula cerita tidak manis tentang mereka.

Terbaharu, seorang imam Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah, tampil mendedahkan status pasangan itu yang dikatakan bukan suami isteri kerana masing-masing belum berkahwin.

Pendedahan yang dibuat menerusi platform media sosial itu cukup mengejutkan ramai.

Imam dedah pasangan bawa bayi naik motor bukan suami isteri, rancang kahwin minggu depan buat ramai terkejut

Susulan itu mStar menghubungi Mohd Azlan Ishak, 36, bapa bayi yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan itu bagi mendapat kepastian.

“Sebelum ini kami sudah buat perancangan untuk berkahwin. Tapi kami lebih utamakan kesihatan anak, jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak yang sakit.

“Tapi kami dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen untuk berkahwin pada ustaz (imam masjid),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mohd Azlan turut mengaku mereka juga pernah ditegur dan dinasihati agar tinggal berasingan oleh wakil pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan.

Susulan itu, Mohd Azlan berkata mereka akur dengan nasihat berkenaan. Tambah Mohd Azlan, dia dan wanita bernama Norhidayu Halim, 35, itu sudah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin.

“Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya,” katanya.

Mengulas mengenai status Norhidayu yang dikatakan masih berstatus isteri orang, Mohd Azlan bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Azlan menjelaskan wanita tersebut sudah bercerai dengan suaminya yang kini sedang menjalani hukuman di sebuah penjara sejak 29 Ogos tahun lalu.

“Hidayu sebenarnya sudah bercerai dengan suami dia sebelum ini. Dokumen mengenai penceraian dia dan suami pun kami sudah ada,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kisah Mohd Azlan yang tidak mampu membayar tambang teksi untuk membawa anaknya yang sakit ke hospital turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keadaan kewangan yang terbatas menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

Susulan kisah tular mereka juga, seorang pengusaha kedai automotif di Alor Setar tampil menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona terpakai buat keluarga itu bagi meringankan beban mereka.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik.

Baca Juga:
Wanita Indonesia dakwa tak pernah dengar azan sepanjang berada di Malaysia mohon maaf selepas teruk dikecam
Pemuda hilang ketika berjoging di Bukit Hill Top ditemui di kawasan paya bakau
Lelaki tampil muda 10 tahun selepas 93 hari tinggal di dalam Lautan Atlantik
CATEGORIES