“Ilmu apa dia pakai ni?”- Penduduk kampung selamba hulur tangan dalam mulut buaya

Photo of author

By Syima Iza

“Ilmu apa dia pakai ni?”- Penduduk kampung selamba hulur tangan dalam mulut buaya.

Seorang nelayan di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila menemui seekor buaya berukuran lebih 1 meter panjang tersangkut pada jaringnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kaltimtimes, penduduk tempatan dilihat berkumpul untuk menyaksikan reptilia tersebut.

"Ilmu apa dia pakai ni?"- Penduduk kampung selamba hulur tangan dalam mulut buaya

Ia turut dikerumuni oleh kanak-kanak yang melihat buaya itu pada jarak dekat.

Mereka dengan selamba memegang badan buaya yang masih hidup itu, seolah-olah tidak berasa takut.

Rakaman itu turut memaparkan seorang penduduk tempatan memasukkan tangan ke dalam mulut repitlia tersebut.

Buaya itu bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri dan tidak bergerak.

Baca Juga:
Jururawat pasrah tak jadi kahwin, bakal mertua mahu menantu doktor
Pulau Pinang larang warga asing masak 13 makanan ini termasuk nasi lemak
Rekod baru saintis Jepun cipta robot ‘tersenyum’ guna kulit manusia