Ikan pari bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar

Photo of author

By Syima Iza

Ikan pari bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar. “Kalau macam ini, nak makan pun seram.” Itu ungkapan pertama seorang wanita yang melihat ikan pari yang bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar.

Foto itu dimuat naik di Facebook Jue Redzwan menjadi tular dan menerima pelbagai komen orang ramai.

Rata-ratanya mengatakan rupa ikan pari yang dibakar itu seperti kisah legenda kononnya disumpah kerana menjadi anak derhaka.

Ikan pari bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar

“Mungkin ini anak derhaka yang disumpah masa tahun 90-an dahulu kalau tak silap, itu sebab mak dia buat ikan bakar,” seloroh Najih.

“Itulah, derhaka lagi dengan mak, kan dah kena sumpah,” sampuk Cik Nas.

“Kalau ye pun, potonglah dahulu ikan pari itu sebelum bakar, tak lah seram rupanya,” kata Siti.

Baca Lagi:
Rahim Maarof tidak sedarkan diri, kritikal di ICU
2 lelaki cedera parah ditetak dengan parang kerana ganggu isteri orang
Pilot ini kongsi cara mudah ketahui waktu berbuka ketika dalam penerbangan