Ikan kelah merah saiz hampir separuh badan manusia dewasa berharga hampir RM4,000 berjaya ditangkap

Ikan kelah merah saiz hampir separuh badan manusia dewasa berharga hampir RM4,000 berjaya ditangkap

Ikan kelah merah saiz hampir separuh badan manusia dewasa berharga hampir RM4,000 berjaya ditangkap.

Seorang nelayan darat tidak menyangka musibah banjir membawa ‘durian runtuh’ dengan kemunculan seekor ikan kelah merah seberat 18 kilogram di Sungai Berang, dekat Kampung Pengkalan Ajal di sini.

Nordin Embong, 57, berkata, spesies ikan yang agak sukar dijumpai itu terperangkap di dalam pukat anak saudaranya Mohd Hafifi Abu Bakar, 33, sekitar 5 petang semalam.

Ikan kelah merah saiz hampir separuh badan manusia dewasa berharga hampir RM4,000 berjaya ditangkap

“Anak saudara pak cik (Mohd Hafifi) tahan pukat kira-kira 3 petang semalam di sungai. Selepas dua jam dia pun menarik pukatnya tetapi berasa hairan kerana sangat susah untuk tarik sebab berat.

“Rupa-rupanya ada ikan kelah merah yang bersaiz hampir separuh badan manusia dewasa. Kami semua pun terkejut apabila dia bawa balik ikan sebesar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal di sini hari ini.

Menurut Nordin, harga ikan kelah merah di pasaran sekitar RM150 hingga RM200 sekilogram dan harga ikan kelah merah yang dijumpai itu mampu mencecah sekitar RM3,600.

“Harga itu adalah harga ikan yang telah mati. Kalau ikan ini masih hidup harganya akan mahal dua kali ganda.

“Semalam ada orang hubungi pak cik nak beli ikan ini sekiranya masih hidup untuk dijadikan sebagai ikan induk, tetapi ikan ini telah mati dan dia membatalkan hasrat untuk membeli,” katanya menambah ikan berkenaan mati selepas beberapa jam dibawa pulang.

Nordin berkata, setiap kali musim banjir kebanyakan penduduk akan menjalankan aktiviti menangkap ikan darat sebagai pendapatan sampingan, namun ikan kelah merah bersaiz gergasi itu didakwa adalah yang pertama kali muncul di kampungnya.

“Seumur hidup pak cik ini kali pertama tengok ikan kelah merah sebesar ini. Sebelum ini pun paling besar pak cik pernah lihat seberat 10 kilogram sahaja. Ikan itu pakcik tangkap sendiri pada musim banjir tahun lepas,” katanya.

Ikan darat yang ditangkap penduduk, menurut Nordin kebiasaannya akan dibeli pengusaha restoran di sekitar Kuala Berang.

Baca Lagi:
Katering tak muncul – muncul, kenduri kahwin jadi ‘mimpi ngeri’
Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah
Jutawan beri ‘elaun’ kepada isteri RM1.4 juta setiap kali hamil
CATEGORIES