Ikan berwajah ‘seram’ mendongak ke langit ditemui di pantai Singapura

Photo of author

By Syima Iza

Seekor ikan aneh yang disifatkan mempunyai wajah mengerikan ditemui terdampar di sebuah pantai di Singapura baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ikan dikenali sebagai Longnosed Stargazer itu ditemui bersembunyi di dalam pasir dan tidak bergerak sambil mendongak ke langit.

Menurut lelaki yang menemuinya, Dennis Chan, meskipun berasa terancam, dia menyifatkan penemuan itu sebagai perkara yang luar biasa.

Ikan berwajah 'seram' mendongak ke langit ditemui di pantai Singapura

“Pemandangan yang luar biasa. Ikan unik ini ‘menanam’ diri di dalam pasir dengan hanya kepala terdedah, seolah-olah menunggu mangsa yang tidak disangka,” kata Dennis dalam video hantarannya di Instagram.

Segelintir pengguna media sosial kemudian menyuarakan rasa ngeri melihat ikan itu dengan ada yang mendakwa ia menimbulkan rasa fobia dalam diri mereka.

“Orang ramai mengejek saya kerana fobia dengan ikan. Lihatlah haiwan itu, ia sangat menyeramkan,” kata seorang pengguna.

Baca Juga:
Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah
Bekas pelajar MRSM hilang selama 36 tahun di Amerika selepas tamat pengajian, keluarga rayu pulang
Penyair terkenal Pyanhabib Rahman meninggal dunia