Ikan berwajah ‘hantu’ dengan mulut terbuka, mata terbeliak ke atas ditemui di pantai

Ikan berwajah ‘hantu’ dengan mulut terbuka, mata terbeliak ke atas ditemui di pantai

Seekor ikan Stargazer berwajah seakan-akan hantu ditemui terdampar di atas pasir pantai di Singapura dengan mulut terbuka dan mata terbeliak ke atas, lapor New York Post.

Dennis Chan yang berkongsi klip video penemuannya itu dalam Instagram telah mendapat 53.3 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka serta ramai netizen memberikan komen ‘lucu’ mengenainya.

“Penemuan yang jarang berlaku apabila kelihatan ikan ini menanam diri dengan hanya menampakkan kepala yang seolah-olah merenung bintang-bintang di langit.

Ikan berwajah 'hantu' dengan mulut terbuka, mata terbeliak ke atas ditemui di pantai

“Spesies ini sama seperti ikan batu dan kala jengking di mana ia mungkin berbisa apabila disentuh dengan tangan,” kata Chan memberitahu What’sTheJam.

Dalam video itu, Chan merakamkan ikan aneh dari sudut berbeza sehingga ia dilihat perlahan-lahan membenamkan diri dalam pasir.

Menurut FishBase, terdapat lebih 50 spesies ikan Stargazer yang ditemui di lautan Atlantik, India dan Pasifik.

Kadang kala ia dikesan di pantai bahagian utara Singapura dengan menampakkan hanya biji mata yang menyeramkan.

Baca Juga:
Pengemis mengaku dirinya ‘malaikat’ mengamuk paksa penduduk beri wang
‘Boleh percaya ke ni?’ Orang utan ramal Jerman menang perlawanan pembukaan EURO 2024
Padah goda isteri orang, lelaki pulang dari outstation ‘sabit’ jiran hingga mati
CATEGORIES