Ikan badan panjang mirip ular kerap muncul, penduduk bimbang bencana buruk akan berlaku

Photo of author

By Syima Iza

Ikan badan panjang mirip ular kerap muncul, penduduk bimbang bencana buruk akan berlaku.

Sejenis ikan yang digelar ‘ikan gempa bumi’ dilihat di luar pantai California, Amerika Syarikat, yang merupakan kali kedua ia ditemui di negeri itu pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ikan dayung atau ‘oarfish’ itu ditemui oleh seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dari Institusi Oseanografi Scripps di Universiti California, selepas ia terdampar di pantai Encinitas minggu lalu.

Ikan badan panjang mirip ular kerap muncul, penduduk bimbang bencana buruk akan berlaku

Pelajar tersebut melaporkan bahawa ikan itu bersaiz antara 2.7 meter hingga 3 meter panjang. Ia lebih kecil berbanding ikan dayung sepanjang 3.6 meter yang ditemui di luar pantai San Diego, California pada Ogos lalu.

Ikan berbadan panjang mirip ular itu sering digelar ikan gempa bumi kerana ia dianggap sebagai peramal berita buruk, khususnya bencana atau kemusnahan.

Menurut legenda, jika seseorang terlihat ikan dayung, ia dianggap sebagai petanda amaran bahawa bencana alam seperti gempa bumi akan berlaku.

Ikan badan panjang mirip ular kerap muncul, penduduk bimbang bencana buruk akan berlaku

Sebagai contoh, pada tahun 2011, 20 ikan dayung ditemui di pantai Jepun sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berukuran 9.0 magnitud melanda.

Oleh itu, penemuan ikan dayung adalah kejadian yang luar biasa kerana makhluk itu hidup di zon mesopelagik, kawasan air dalam di mana cahaya tidak dapat menembusi.

Namun, para saintis marin mencadangkan bahawa corak cuaca yang berubah-ubah boleh menjadi punca penampakan ikan dayung yang lebih kerap.

Baca Lagi:
Kipas cepat berhabuk? Guna 3 bahan ini boleh melambatkan habuk melekat, 3 bulan tak cuci pun masih bersih lagi
Ronaldo dibayar RM14.5 juta untuk satu ‘sponsored post’ di Instagramnya
10 senarai sungai paling panjang di dunia, no.1 paling banyak sejarah