Identiti mayat wanita disimen sudah dikenal pasti

Photo of author

By Syima Iza

Identiti mayat wanita disimen sudah dikenal pasti.

Wanita yang mayatnya ditemukan disimen di dalam kolah bilik air sebuah rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang dikenal pasti warganegara India berusia 30an.

Ketua Polis Selangor, Datul Hussein Omar Khan berkata mangsa adalah teman wanita suspek yang menyewa rumah berkenaan dan tinggal bersama.

Menurut beliau, pihak polis sedang mendapatkan bantuan Kedutaan India di sini untuk mendapatkan butiran mengenai mangsa dan menghubungi pihak keluarganya.

Identiti mayat wanita disimen sudah dikenal pasti

Siasatan mendapati suspek juga adalah warganegara India dan identitinya telah diperolehi.

Pihak polis juga dalam proses mendapatkan waran tangkap terhadap suspek dan akan meminta kerjasama pihak Kedutaan India serta pihak berkuasa India untuk mengesan dan menangkap suspek.

Setakat ini polis merakam keterangan 10 saksi bagi membantu siasatan.

Tambah Datuk Hussein, pihaknya juga menyiapkan lakaran wajah mangsa berdasarkan maklumat saksi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Baru-baru ini seorang pemilik terkejut apabila mayat seorang wanita ditemukan disimen di kolah bilik air rumah sewanya.

Menurut pengadu, penyewa warga asing memberikan alasan bahawa air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu.

Baca lagi:
Siti Mariah akhirnya ditemui setelah hilang selama 9 tahun tanpa khabar berita
“Pengadil paling teruk dalam sejarah pertandingan akhir Piala Malaysia, siapalah yang pilih dia”
‘Tiada bilik banduan VIP di Penjara Sungai Buloh’ – Dakwaan ‘Abang Mat’ terhadap Anwar berniat jahat, tidak benar