Ibu terpaksa bagi bayi hisap kurma kerana tidak mampu dapatkan susu

Ibu terpaksa bagi bayi hisap kurma kerana tidak mampu dapatkan susu

Ibu terpaksa bagi bayi hisap kurma kerana tidak mampu dapatkan susu.

Seorang ibu warga Palestin terpaksa memberikan bayinya menghisap kurma gara-gara kesukaran mendapatkan bekalan susu selepas serangan berterusan oleh Zionis Israel.

Video bayi menghisap kurma tersebut dikongsikan seorang wartawan di Palestin, Hani Aburezeq pada Instagram hari ini sekali gus mendapat perhatian daripada penduduk seluruh negara.

Ibu terpaksa bagi bayi hisap kurma kerana tidak mampu dapatkan susu

“Disebabkan kekurangan susu, seorang wanita memberikan kurma kepada bayinya kerana tidak mampu untuk mendapatkan susu kepadanya,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Ia mengundang simpati orang ramai selain marah dengan tindakan kejam Zionis Israel yang sehingga kini masih belum menghentikan kekejaman terhadap penduduk di Palestin.

“Dan penduduk Israel pula berhimpun di sempadan dan menghalang lori bantuan kepada penduduk Gaza,” kata seorang pengguna Instagram.
“Saya mahu orang yang menghalang bantuan lihat video ini dan dalam masa sama, penduduk dunia pula melihat mereka. Mereka menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa mereka tidak berperikemanusiaan,” kata pengguna yang lain.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, beratus-ratus penunjuk perasaan Israel menghalang trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza di sempadan Kerem Shalom, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Penunjuk perasaan yang juga terdiri daripada ahli keluarga tebusan Hamas mengibar bendera Israel di lintasan utama sempadan ke wilayah Palestin tersebut.

Mereka menuntut supaya tiada bantuan dihantar ke Semenanjung Gaza sehingga semua tebusan yang ditawan Hamas dibebaskan.

Baca Juga:
Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai
Guru jamah makanan agar-agar santan yang dibawa anak muridnya dapat pujian ramai
Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet
CATEGORIES