Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa ‘kantoi’ berlaku curang kali kedua

Photo of author

By Syima Iza

Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa ‘kantoi’ berlaku curang kali kedua.

Seorang anak meluahkan rasa kecewa apabila bapanya kantoi mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di saat ibunya sedang terlantar sakit.

Pengadu yang berkongsi luahan menerusi kiriman mesej di Twitter @twtmalaywedding semalam memberitahu, ini merupakan kali kedua dia berjaya ‘menangkap’ bapanya berlaku curang.

Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa 'kantoi' berlaku curang kali kedua
Gambar hiasan

“Berapa bulan lepas saya ternampak WhatsApp ayah saya dari nombor seseorang yang tertulis “sibuk lagi ke sayang?”, masa itu sumpah rasa nak luruh jantung.

“Saya teringat 10 tahun lepas, saya trauma apabila pernah jadi macam ini masa ibu sihat lagi, bila ibu dapat tahu mereka gaduh besar, kes itu sangat beri kesan kepada saya dan kehidupan, saya jadi takut dan benci dengan lelaki.

“Sekarang ini saya nampak mesej macam itu lagi dekat WhatsApp ayah, kali ini tak akan saya bagi tahu ibu sebab ibu tengah sakit, dia perlukan rawatan dialisis dan menghidap penyakit radang sendi,” kongsinya.

Tambah pengadu lagi, dia kini sedang mengumpul segala bukti berkaitan perangai bapanya yang sanggup melukai hati si isteri buat keli kedua.

“Jadi saya nak kumpul bukti-bukti semua dan lepas saya dah dapat bukti, saya akan…tapi tahu nak buat apa. Sumpah sakit, sebab ayah baik tapi kenapa dia kena curang,” soalnya.

Lebih menyedihkan, pengadu menyifatkan dirinya sebagai seorang anak yang gagal kerana tidak mampu mempertahankan kebahagiaan keluarganya.

Baca Lagi:
Kampung atas air tertua ditemui berusia 8,000 tahun lalu, siap ada benteng pertahanan berduri
Bekas pramugari ditahan polis, rupanya seorang ‘ibu ayam’
Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah