Ibu terjun kolam ikan selamatkan anak yang terjatuh raih pujian netizen kerana tak panik

Photo of author

By Syima Iza

Ketika kejadian si ibu dilihat tenang namun pantas terjun untuk menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di kawasan rekreasi berkenaan.

Sudah menjadi kebiasaan buat segelintir ibu bapa untuk melakukan aktiviti bersama anak apabila ada masa terluang.

Oleh itu, ada yang membawa anak untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjalan di taman rekreasi sambil menikmati alam sekitar di sana.

Ibu terjun kolam ikan selamatkan anak yang terjatuh raih pujian netizen kerana tak panik

Ibu berdepan detik cemas ketika bawa anak ke kolam ikan
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang ibu bersama dua orang anak perempuannya di sebuah tempat rekreasi. Namun siapa menyangka berlaku satu insiden yang tak diingini semasa berada di sana.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahfad di TikTok, awalnya kelihatan si ibu bersama dua orang kanak-kanak berkenaan berada di tepi kolam dipercayai sedang memberi ikan makan menggunakan roti.

Anak keduanya kemudian dilihat berjalan ke sana sini mungkin kerana teruja melihat ikan, manakala si kakak hanya berdiri dan fokus memberi ikan makan.

Si ibu kemudian menghalang anak keduanya daripada berada terlalu dekat dengan kolam kerana bimbang akan terjatuh.

Anak jatuh dalam kolam ikan, tindakan ibu segera terjun dapat selamatkan si kecil

@ahfaddPesanan untuk setiap ibu bapa @ penjaga untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak2 ketika memberi makan ikan di kolam, tasik, sungai & sebagainya… Nasib si ibu bertindak cepat terus terjun menyelamatkan anaknya tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah…

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Namun di saat si kakak cuba untuk membaling roti lebih jauh dia gagal mengimbangkan badannya lalu terjatuh ke dalam kolam.

Si ibu kemudian cuba untuk menarik kanak-kanak berkenaan namun gagal sebelum bertindak terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya.

Ketangkasan si ibu serta paras air yang tak terlalu dalam dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Apa yang mencuri tumpuan, dia juga dilihat tenang meskipun sedang berdepan dengan situasi yang cukup ditakuti oleh para ibu bapa.

Ahfad di ruang kapsyen kemudiannya meminta ibu bapa serta penjaga untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka khususnya apabila berada di kawasan berdekatan air seperti kolam, tasik, sungai dan sebagainya

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersyukur kerana kanak-kanak itu sempat diselamatkan.

Tidak kurang juga ada yang tertarik dengan cara si ibu mengawal keadaan ketika berdepan detik mencemaskan.

“Ya Allah kak saya nak belajar dari akak macam untuk tak panik. Kalau saya tu suara yang terjun dulu dalam air”

Ibu terjun kolam ikan selamatkan anak yang terjatuh raih pujian netizen kerana tak panik

Baca Juga:
Anak kucing melecur teruk dibakar hidup-hidup oleh tiga lelaki
Follower Instagram Sarah meningkat sehingga 109,000 selepas dedah jalin hubungan cinta dengan Aliff Aziz
Budak perempuan 5 tahun maut jatuh dari tingkat 12 kondominium ketika ibu ambil kakak di sekolah