Ibu kejam paksa anak perempuan berjalan ‘kaki ayam’ atas jalan tar panas sebab hilangkan kasut

Photo of author

By Syima Iza

Di Taiwan, baru-baru ini, tular satu kejadian yang melibatkan seorang ibu yang memaksa anak perempuannya berjalan ‘kaki ayam’ di atas jalan tar yang panas sebagai pengajaran.

Ibu Kejam Terhadap Anak Perempuan

Susulan kejadian tersebut yang tular di platform media sosial, ia telah mendatangkan rasa marah dalam kalangan orang ramai dan kini menjadi kes polis.

Ibu kejam paksa anak perempuan berjalan 'kaki ayam' atas jalan tar panas sebab hilangkan kasut

Difahamkan, seorang individu yang melihat kejadian itu memberitahu bahawa kanak-kanak perempuan berusia sekitar empat atau lima tahun tersebut menangis kesakitan kerana terpaksa berjalan ‘berkaki ayam’ di atas jalan tar yang panas.

Kanak-kanak itu kelihatan terlompat-lompat dan menjerit, “jalan ini terlalu panas,” tetapi si ibu tetap menarik anaknya untuk terus berjalan.

Anak Hilangkan Kasut

Biarpun anak sudah dalam kesakitan, si ibu tetap menolak pertolongan individu yang mahu membelikan kanak-kanak itu kasut.

Ibu tersebut mahu menjadikan ini sebagai pengajaran buat anaknya yang telah kehilangan kasut, dan wanita itu juga tidak mempunyai wang untuk menggantikan kasut yang baru.

Selepas 20 minit mengikuti wanita dan anak perempuannya itu, individu yang risau dengan kejadian tersebut membuat panggilan polis.

Tindakan Polis

Apabila pihak polis tiba di lokasi rumah anak-beranak itu, si ibu enggan membuka pintu dan kekal di dalam rumah.

Sumber

Baca Juga:
Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun
‘Gurauan apakah ini?’ wanita bengang pesan burger ayam dapat burger timun
Awie kena bahan sebab makan durian guna sudu