Ibu kantoi buat projek dengan remaja 16 tahun, rupanya rakan sekelas anak sendiri

Photo of author

By Syima Iza

Ibu kantoi buat projek dengan remaja 16 tahun, rupanya rakan sekelas anak sendiri.

Seorang lelaki dari Cina nekad menyiasat tindak-tanduk isterinya selepas dia mengesyakki wanita itu menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Menurut Li, 42, yang bekerja di wilayah Guandong, dia berkahwin dengan isterinya sejak 18 tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia 16 tahun.

Ibu kantoi buat projek dengan remaja 16 tahun, rupanya rakan sekelas anak sendiri

Baru-baru ini, Li pulang mengejut ke kediamannya sebelum menemui wanita itu sedang berdua-duaan dengan seorang remaja lelaki yang hanya memakai pakaian dalam.

Lebih mengejutkan, remaja lelaki itu merupakan rakan sekelas kepada anak pasangan tersebut.

Kisah pasangan itu turut tular di media sosial sehingga ia dihujani pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pelayar media sosial menyelar tindakan wanita itu yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan rakan anaknya yang masih muda.

Pada masa yang sama, ramai netizen bersimpati terhadap anak pasangan itu yang terpaksa menyaksikan perbalahan ibu bapanya dalam satu kejadian yang memalukan.

Baca Lagi:
Walaupun ditikam 16 kali, gadis maafkan kekasih dan rancang kahwin..’Biasalah orang bercinta’
Bapa berang pelanggan tendang anak perempuan kerana jual umpan mahal, hanya RM8 jer pun!
Syarikat automotif China, Geely labur AS$10 bilion, Tanjung Malim bakal jadi kota automobil terbesar