Ibu dijel 3 tahun simbah anak air panas setelah ‘kantoi’ tonton video lucah di telefon bimbit

Ibu dijel 3 tahun simbah anak air panas setelah ‘kantoi’ tonton video lucah di telefon bimbit

Ibu dijel 3 tahun simbah anak air panas setelah ‘kantoi’ tonton video lucah di telefon bimbit.

Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang kantoi menonton video lucah di telefon bimbit.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Ibu dijel 3 tahun simbah anak air panas setelah 'kantoi' tonton video lucah di telefon bimbit

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya yang ketika kejadian berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Kesalahan itu dilakukan sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang di sini, kira-kira jam 2.56 pagi pada 27 Jun 2022.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dipercayai mencederakan mangsa kerana berang terhadap mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik telah menggunakan data internet telefon bimbit miliknya untuk menonton video lucah.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami mangsa telah dilihat oleh rakan mangsa sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya dan kemudian wanita itu membuat laporan polis.

Ibu kepada lima orang anak yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah diberikan kerana dia mempunyai tiga anak yang masih kecil berusia enam tahun yang juga orang kurang upaya (OKU), empat tahun dan bayi enam bulan.

Baca Juga:
Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus
Kanak-kanak solat Subuh berjemaah di masjid di Perlis dapat RM3
Lelaki mengamuk, cekik guru setelah tangkap anaknya merokok di sekolah
CATEGORIES