Ibu cemas anak hilang rupanya tak naik bas sekolah tapi jalan kaki 3km pergi pusat beli-belah

Photo of author

By Syima Iza

Ibu cemas anak hilang rupanya tak naik bas sekolah tapi jalan kaki 3km pergi pusat beli-belah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang pada mulanya disangka hilang dari sekolahnya, ditemui selamat di sebuah pusat beli-belah di Johor Jaya, petang ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang oleh ibunya selepas didapati tidak menaiki bas sekolahnya untuk pulang seperti biasa, tengah hari tadi.

Ibu cemas anak hilang rupanya tak naik bas sekolah tapi jalan kaki 3km pergi pusat beli-belah

“Ibu kanak-kanak lelaki berkenaan membuat laporan sebaik sahaja anak lelakinya dikesan tidak menaiki bas sekolahnya seperti biasa.

“Siasatan dan pencarian di tempat berkaitan laluan pulang kanak-kanak dari sekolah segera dilakukan sepasukan polis sebaik menerima laporan ibunya. Kanak-kanak itu akhirnya telah ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota polis serta ibunya yang menyertai pencarian di sebuah pusat beli-belah di Johor Jaya pada jam 4.30 petang tadi.

“Kanak-kanak itu mengakui berjalan kaki dari sekolahnya ke pusat beli-belah itu sejauh kira-kira tiga kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kehilangan kanak-kanak itu tular apabila ahli keluarganya berkongsi mengenai insiden berkenaan.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) kanak-kanak itu yang memakai pakaian seragam sekolah berwarna putih dan berseluar biru gelap, yang dilihat berjalan seorang diri turut disertakan dalam notis kehilangannya yang tular.

Kehilangan kanak-kanak itu menyusul selepas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, Sabtu lalu, menggemparkan negara.

Bagaimanapun, Albertine Leo, yang dilaporkan diculik, berjaya ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Sumber

Baca Juga:
Pemilik kafe tawar ganjaran RM10,000 cari budak perempuan 6 tahun hilang di pusat beli belah
Lelaki rebah di pintu klinik selapas minum kopi, makan durian
Suami kejar, langgar kereta isteri bersama anak kerana cemburu