Ibu bapa Zulfarhan Osman sujud syukur selepas hakim umum hukuman gantung sampai mati 6 bekas penuntut UPNM

Photo of author

By Syima Iza

Ibu bapa Zulfarhan Osman sujud syukur selepas hakim umum hukuman gantung sampai mati 6 bekas penuntut UPNM.

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain sebaik enam ‘pendera’ dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

Sebaik selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur.

Mereka dilihat menangis dan menadah tangan syukur kerana apa yang diimpikan selama ini supaya enam pesalah itu diheret ke tali gantung tercapai.

Ibu bapa Zulfarhan Osman sujud syukur selepas hakim umum hukuman gantung sampai mati 6 bekas penuntut UPNM

“Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah,” jerit Hawa.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung kepada enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Baca Juga:
Isteri pasang CCTV tangkap suami berkhalwat dengan anak saudara dalam bilik tidur
Lelaki rebah di pintu klinik selapas minum kopi, makan durian
Telur mata tidak dimasak dengan betul boleh membawa maut