Ibu bapa Zayn Rayyan dtahan polis

Ibu bapa Zayn Rayyan dtahan polis

Polis telah menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dibunuh pada Disember.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini, berkata penahanan dibuat selepas polis menemui beberapa petunjuk baru dalam kes tersebut.

“Ya. Saya sahkan tangkapan ibu dan bapa. Akan reman pagi ini.

Ibu bapa Zayn Rayyan dtahan polis

“Berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.

“Tangkapan ini untuk bantu siasatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Hussein, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Beberapa media melaporkan polis telah menahan ibu bapa kanak-kanak itu di Puncak Alam pagi semalam.

Zayn Rayyan, kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, sekitar jam 10 malam pada 6 Disember.

Mayatnya ditemui oleh anggota pasukan pencarian yang ditubuhkan untuk mencari kanak-kanak lelaki itu, yang dilaporkan hilang pada petang 5 Disember.

Polis pada mulanya mengesyaki kanak-kanak itu mati lemas, tetapi mengklasifikasikan semula siasatan mereka kepada pembunuhan selepas bedah siasat mendedahkan dia dicekik.

Baca Juga:
Rumah berhantu beri petunjuk nombor ramalan diserbu penduduk kampung
Wanita tinggalkan anak perempuan di lebuh raya kerana gagal dalam peperiksaan
Makhluk asing guna ‘alat menyamar’ elak dikesan manusia di Las Vegas
CATEGORIES