Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anak tidak bersekolah

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anak tidak bersekolah

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anak tidak bersekolah. Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mewajibkan pendidikan peringkat sekolah menengah kepada anak-anak.

Langkah ini menunjukkan keseriusan KPM dalam menangani masalah keciciran serta menekankan kepentingan pendidikan kepada masyarakat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan itu juga bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses untuk pendidikan.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anak tidak bersekolah

“Proses yang kita panggil sebagai advokasi pendidikan ini harus selari dengan kesedaran ibu bapa, jadi dari semasa ke semasa, KPM akan pastikan ibu bapa selari lah, maknanya memberikan peringatan pada masa yang sama pastikan bahawa mereka tidak ada isu untuk hantar anak mereka ke sekolah.”

“Yang penting anak-anak ini harus ke sekolah, itu tumpuan kita hari ini untuk pastikan mereka semua berada dalam sistem kita.”

Pada masa kini, draf cadangan itu di peringkat Pejabat Peguam Negara sudah disediakan, dan memerlukan sedikit sahaja masa lagi untuk dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

Disoal mengenai penyelesaian terhadap segelintir ibu bapa yang tidak mampu meneruskan persekolahan anak mereka akibat masalah kewangan, Fadhlina berkata kementeriannya menyediakan sebanyak 18 inisiatif bantuan kewangan bagi keluarga yang tidak berkemampuan.

Sekiranya tidak berkemampuan, ibu bapa boleh memohon bantuan-bantuan mengikut proses yang ditetapkan.

Baca Lagi:
Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai
Warga emas meninggal dunia diserang penyakit jantung ketika langgan pekerja seks
Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil
CATEGORIES