Ibu, anak perempuan tercampak di tengah jalan raya dihempap dahan pokok reput

Ibu, anak perempuan tercampak di tengah jalan raya dihempap dahan pokok reput

Tular video di media sosial sebuah motosikal dipercayai dinaiki empat beranak dihempap dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus di sini pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 0.59 minit itu, kelihatan dahan pokok yang sudah reput di tepi jalan patah secara tiba-tiba lalu menghempap mereka yang kebetulan lalu di situ.

Kejadian itu mengakibatkan pembonceng wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tercampak ke tengah jalan raya.

Ibu, anak perempuan tercampak di tengah jalan raya dihempap dahan pokok reput

Sebuah kereta Proton Saga yang lalu bersebelahan motosikal tersebut turut terkena serpihan dahan terbabit dan sempat memberhentikan kenderaannya apabila melihat mangsa terjatuh.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa.

Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan motosikal itu dinaiki sekeluarga yang dalam perjalanan membuat penghantaran makanan.

Katanya, mereka sememangnya selalu berulang alik dari Kuala Pilah ke Seremban dan difahamkan motosikal itu sahaja kenderaan yang mereka ada.

Baca Juga:
Banduan belajar dalam penjara peroleh keputusan cemerlang SPM 8A
Latihan skuad Harimau Malaya dikawal ketat oleh polis
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
CATEGORIES