Ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella

Photo of author

By Syima Iza

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah di laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Harian Metro akaun IG Bella Astillah masih mengikuti akaun ibu mentuanya, @fizaaziz.

Dalam pada itu, hantaran dimuat naik Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ibu Aliff Aziz sudah 'unfollow' IG Bella

Di ruangan komen, seorang pengguna menyarankan agar Hafiza berhenti menyebelahi anaknya.

Dalam masa sama, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat Hafiza sekeluarga.

Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Namun mereka, dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan mereka bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Ibu Aliff Aziz sudah 'unfollow' IG Bella

Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Baca Juga:
“Kenapa saya nak rancang macam itu?” – Bella nafi rancang tangkap Aliff Aziz, Ruhainies
Sambaran kilat di Burj Khalifa bentuk peta Palestin cetus pelbagai reaksi
Jabatan Kesihatan Perak terima surat layang, gangguan seksual terhadap doktor pelatih