“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin, rupanya kerapu gergasi 272kg”

Photo of author

By Syima Iza

“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin, rupanya kerapu gergasi 272kg”.

Dua pelancong Britain berjaya menaikkan seekor ikan kerapu goliath seberat 272 kilogram (kg) di Australia, lapor akhbar The Sun semalam.

Ed Hirst, 25, dan Harry Thomas, 27, menangkap ikan gergasi itu di pantai Port Douglas, negeri Queensland selepas bertarung selama 30 minit, baru-baru ini.

“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin, rupanya kerapu gergasi 272kg"

Mereka mengikat tali di sekeliling badan ikan itu sebelum mengheretnya ke pantai.

Kerapu Goliath ialah spesies yang dilindungi di Queensland, jadi dua lelaki itu memutuskan untuk melepaskannya semula ke dalam air selepas merakam hasil tangkapan mereka.
“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin. Selepas ekornya memukul air, kami sedar ia ikan kerapu goliath,” kata Hirst kepada The Sun.

Dua lelaki itu tidak dapat menimbang ikan tersebut, namun selepas menunjukkan gambarnya kepada beberapa orang di kedai peralatan, ia dianggarkan seberat 272kg.

Baca Juga:
Gempar! Bom seberat 125kg ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Wanita mengamuk di pusat kesihatan kerana majikan tak bayar gaji 5 bulan
Lelaki dibelasah separuh mati jalin hubungan dengan isteri orang