Hukum makan ketam kelapa yang ramai tak tahu, tapi ramai pula yang cakap sedap rasa berlemak

Photo of author

By Syima Iza

Hukum makan ketam kelapa yang ramai tak tahu, tapi ramai pula yang cakap sedap rasa berlemak.

seorang pelayar laman X tentang ketam kelapa yang merupakan haiwan antropod terbesar di dunia mendapat perhatian warga maya.

Mana tidaknya, ramai yang menyatakan ia boleh dimakan dan rasanya lebih sedap berlemak berbanding ketam laut mahupun ketam nipah.

Tidak kurang juga yang mempersoalkannya kerana haiwan tersebut merupakan pemangsa.

Malah terdapat dokumentari kisah benar yang menyatakan seorang juruterbang wanita bernama Amelia Earhart maut akibat dimakan ketam kelapa selepas pesawatnya terhempas.

Hukum makan ketam kelapa yang ramai tak tahu, tapi ramai pula yang cakap sedap rasa berlemak

Mengulas tentangnya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Maktabah Al Bakri berkata, ketam kelapa (Birgus latro) adalah spesies umang-umang yang juga dikenali sebagai ketam perompak atau pencuri sawit.

“Ketam ini adalah artropoda darat terbesar yang hidup di dunia. Beratnya sahaja boleh mencecah sehingga 4.1 kilogram dan boleh membesar sehingga 1 meter.

“Ia merupakan hidupan yang unik kerana apabila ia naik ke daratan, ia tidak akan kembali ke dalam air kecuali ketam kelapa betina yang akan melepaskan telur-telurnya bagi proses penetasan.

“Ketam ini dikenali sebagai ketam kelapa kerana mempunyai keupayaan untuk memanjat pokok kelapa menggunakan sepitnya dan menjatuhkan buah kelapa serta mengupasnya bagi mendapat isi,” jelasnya.

Justeru, beliau cenderung kepada pendapat bahawa ketam kelapa adalah termasuk dalam jenis haiwan yang diharuskan dan halal untuk dimakan seperti mana ketam-ketam yang lain.

Ini kerana tidak terdapat nas syarak mengenai pengharamannya.

Jadi, ia kekal sebagaimana hukum asal iaitu halal dan diharuskan untuk memakannya selagi mana tidak ada dalil lain yang menunjukkan hukum sebaliknya seperti beracun, memudaratkan pemakan atau seumpamanya.

Malah ia bertepatan dengan kaedah fiqh:

“Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).” Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, dalam halaman 60.

“Apa yang Allah SWT halalkan dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal. Apa yang Allah SWT haramkan, maka ia adalah haram, dan apa yang didiamkan mengenainya, maka ia adalah dimaafkan.” Riwayat al-Bazzar (4087); al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (2102)

Baca lagi:
3 pekerja farmasi kena belasah dengan doktor wanita selepas kantoi kutuk dalam group WhatsApp
Guna bahasa kasar punca Warner Music tamatkan kontrak penyanyi Kaka Azraff
Kedai Shawarma populor di Bukit Bintang kena ‘rush’ dengan pihak imigresen, pekerja restoran kena angkut