Hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah yang ramai tak tahu.

Soalan:

Adakah dibenarkan menggantung ayat-ayat atau surah-surah tertentu dari Al-Quran pada dinding rumah?

Hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah yang ramai tak tahu

Jawapan:

Menggantung ayat-ayat atau surah-surah Al-Quran pada dinding rumah, seperti yang sering dilakukan oleh masyarakat Islam pada masa kini, mempunyai perselisihan di kalangan ulama. Sebahagian ulama membenarkannya dengan syarat ia dihormati dan dipelihara, manakala sebahagian lagi memakruhkannya.

Dinyatakan dalam Kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah:

“ولو كتب القرآن على الحيطان والجدران بعضهم قالوا: يرجى أن يجوز، وبعضهم كرهوا ذلك مخافة السقوط تحت أقدام الناس”

Maksudnya: “Dan jika ditulis ayat Al-Quran pada dinding atau tembok, sebahagian ulama berkata: Diharapkan hukumnya adalah harus, manakala sebahagian lagi memakruhkannya kerana bimbang ia jatuh di bawah kaki manusia.” (jilid 5, m.s. 323)

Mufti Jordan pula berpendapat:

“تجوز كتابة الآيات القرآنية على الجدران أو نقشها عليها أو تعليقها على شكل مناظر، ولكن الواجب أن تُعظَّم وتُحترم، وتُصان عن العبث أو الامتهان، وعدم رميها مع القمامة بعد تلفها، لقوله عز وجل: (ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ) الحج/32.”

Maksudnya: “Dibolehkan menulis ayat-ayat Al-Quran pada dinding atau mengukirnya, atau menggantungkannya sebagai hiasan, namun ia wajib dimuliakan dan dihormati. Ia juga harus dipelihara dari tindakan yang boleh merendahkannya atau mencemarkannya, dan tidak boleh dibuang bersama sampah selepas ia rosak, kerana firman Allah Taala: ‘Dan sesiapa yang memuliakan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya itu adalah tanda ketakwaan hati.’ (Al-Haj: 32) – Majlis Fatwa Jordan.”

Kesimpulannya, tidak mengapa menggantung ayat Al-Quran sebagai hiasan pada dinding rumah, dengan syarat ia diletakkan tinggi dan jauh dari tempat yang boleh diinjak manusia, serta dipelihara daripada kotoran atau pencemaran sebagai tanda penghormatan. Wallahua’lam.

Baca Juga:
‘Ada Kalendar Tahun 2014’- Rumah banglo ditinggalkan bersama perabot dan kereta mewah jadi tanda tanya orang ramai
12 penumpang maut, bas terbelah dua selepas rempuh ‘flyover’
“Saya sayangkan isteri dan anak-anak saya” – Farid Kamil tampil bersuara