Hukum ejek orang hitam, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Photo of author

By Syima Iza

Menurut UAI, keadaan fizikal seseorang pada asalnya bukanlah sesuatu bentuk hinaan, bagaimanapun sesetengah budaya telah menggunakannya sebagai bahan ejekan.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa agama Islam melarang umatnya daripada merendah-rendahkan orang lain.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hhafizul, UAI berkata, susulan itu hukum mengejek dengan niat menghina seseorang melalui keadaan fizikalnya seperti gemuk, pendek dan hitam akan menjadi haram.

Hukum ejek orang hitam, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Tak akan masuk syurga orang yang takbur walaupun sebesar zarah

Malah Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, tidak akan masuk syurga orang yang bersifat takabbur walaupun sifat takbur itu hanya sedikit dalam hatinya.

Keadaan fizikal seseorang bukan hinaan

Menurutnya, keadaan fizikal seseorang pada asalnya bukanlah sesuatu bentuk hinaan, bagaimanapun sesetengah budaya telah menggunakannya sebagai bahan ejekan.

“Dulu penggunaanya molek (cantik) dalam masyarakat kita, boleh panggil orang itu hitam, putih. Tapi Sekarang kalau hitam dinamakan menghina, panggil gemuk kira menghina,” katanya.

Jika tujuan takrif maka hukumnya harus

@hhafizull jangan ejek orang #taubat #dakwah #uai #ustazazharidrus #foryou #fyp #sayangustaz #kongsiilmu #ilmuagama #hukum #CapCut ♬ original sound – imanayuni

UAI berkata, perkataan seperti gemuk, botak, dan hitam jika digunakan dengan tujuan takrif iaitu mengenalkan atau menunjukkan seseorang kepada individu lain maka hukumnya harus.

Sebagai contoh, seseorang yang datang ke sebuah kawasan taman perumahan ingin berjumpa dengan individu bernama Pakcik Ismail, bagaimanapun di taman tersebut mempunyai tujuh individu dengan nama panggilan yang sama.

Maka untuk memperkenalkan individu yang dicari dengan lebih spesifik, pengunaan ayat gemuk, botak, hitam adalah diharuskan.

Baca Juga:
Kucing hilang dari rumah? Boleh guna cara teknik orang Jepun dan baca doa ini!
“Saya tak pernah pun kata macam itu” – Che Ta nafi hina golongan B40
18 tahun menunggu, anak menangis dapat hadiah handphone dari bapa