Hukum bergambar dengan pokok krismas dan Santa Claus, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus.
Sempena sambutan perayaan Hari Natal, kebanyakan gedung beli-belah akan mula dipenuhi dengan hiasan pokok Krismas.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum orang Islam mengambil gambar bersama pokok Krismas dan Santa Claus.
Menurut pendakwah itu, orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya meniru orang kafir kerana ia boleh menimbulkan salah sangka.
Pokok Krismas itu sendiri tidak haram, namun yang haram adalah apabila kita menghias pokok itu semasa sambutan perayaan Hari Natal sehingga ada yang menyangka rumah kita adalah rumah orang Kristian. Itu adalah hukum haram.
“Orang yang meniru sesuatu kaum, dia termasuk kaum itu.”
Maksud hadis tersebut adalah orang Islam yang meniru perbuatan orang kafir. Bukan hanya sekadar meniru, tetapi jika orang yang tidak mengenali diri kita kemudian menganggap kita adalah orang kafir, maka itu adalah haram.
Sekadar bergambar sahaja tidak mengubah hukum tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada masalah untuk bergambar, namun agama melarang meletakkan kepercayaan terhadapnya.
Jika bergambar di pasar raya bersama anak di pokok Krismas, ia tidak haram.
Tetapi jangan memuliakan.
Ingat, setiap perayaan orang kafir, kita perlu beritikad (percaya) bahawa apa yang mereka lakukan adalah batil (tidak benar).
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum bergambar dengan pokok Krismas dan santa Clause #ustazazharidrus #uai #pokokkrismas #santaclause #halalharamdalamislam #kongsibersama #ilmuagama #reminderislamic #foryou ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar