Hujan lebat ‘mengubah’ Gunung Kinabalu seolah-olah suatu kawasan air terjun

Photo of author

By Syima Iza

Hujan lebat ‘mengubah’ Gunung Kinabalu seolah-olah suatu kawasan air terjun.

Hujan lebat pada Rabu lalu di Laban Rata di Sabah mengakibatkan Gunung Kinabalu kelihatan menjadi seolah-olah kawasan air terjun yang besar.

Video berdurasi 30 saat berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.

Hujan lebat 'mengubah' Gunung Kinabalu seolah-olah suatu kawasan air terjun

Video tersebut dirakam oleh petugas ekspedisi pendakian gunung menunjukkan keadaan sebenar kawasan Gunung Kinabalu ketika hujan lebat.

Petugas berkenaan berkata, sepanjang tujuh tahun dia bekerja, ia merupakan pertama kali berlaku kejadian seumpama itu.

Tidak mustahil ia akan berulang sekiranya hujan lebat yang berpanjangan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meramalkan
hari ini berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah (Kota Setar, Yan dan Kuala Muda); Pulau Pinang; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat) Sarawak: Sri Aman, Betong (Betong) dan Sarikei (Pakan).

Selain itu, Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kudat (Kudat); dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca Lagi:
Selepas bekas setiausaha politik ditahan SPRM kes rasuah RM80 juta, Radzi Jidin tampil beri penjelasan
Anak dibuli di sekolah sehingga mati, keluarga dapat pampasan termahal dalam sejarah sebanyak RM127 juta
Lelaki panik bilik air rumah ibunya bercahaya keluar dari batang paip